top of page

Filem Anwar Mampu Buka Mata Generasi Muda Erti Perangi Rasuah

Updated: May 15, 2023




ULASAN: Biarpun peristiwa 1998 mungkin masih berbekas buat Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim, keluarga serta para penyokongnya namun peristiwa hitam politik tanah air tersebut samar samar dan jauh daripada pemikiran generasi muda.


Mana tidaknya kemudahan media sosial pada waktu itu jauh berbeza berbanding era maklumat di hujung jari ketika ini.


Pastinya bibit derita luka watak watak utama dalam filem tersebut sukar untuk difahami generasi sekarang. Malah anak muda waktu ini terpinga pinga apabila bekas PM Tun Mahathir Mohamad menyaman PM Anwar. Semua itu bermula 24 tahun lalu.


Permulaan segala saga, reformasi dan diekori ribuan label serta fitnah jahat yang berlegar di sekitar sosok tubuh Anwar untuk puluhan tahun lamanya.


Oleh itu amat penting filem Anwar: The Untold Story dihasil bagi mendedahkan kisah sebenar tokoh reformasi itu memperjuangkan nasib rakyat.


Mengimbau kisah benar dua dekad


Sehubungan itu, hasil buah fikiran Viva Westi, pengarah terkenal dari Indonesia yang mengarahkan filem Anwar memberi kejutan kepada penulis untuk menelusuri lebih dekat sejarah sosok anak jati Cheruk Tok Kun berkenaan dalam tayangan perdana di Dadi Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur semalam.


DS Anwar menghargai pengorbanan isterinya DS Dr Wan Azizah

Watak utama yang dipegang oleh Farid Kamil dalam filem Anwar dilihat kuat dan meyakinkan untuk mengimbau kembali nostalgia era pentadbiran mantan Timbalan Perdana Menteri berkenaan yang tegas melawan korupsi.


Ditambah pula, paras rupa pelakon terbabit iras wajah ‘muda’ Anwar dua dekad lalu mudah menenggelamkan imaginasi penonton kepada senario yang diceritakan.


Walaupun aksi lakonan Farid ada sedikit longgar terutama gaya pengucapan dan dialog dalam bahasa Inggeris yang dilihat ‘kurang Anwar’ namun perlu untuk kita puji atas keberanian beliau memegang watak Ketua Pembangkang tersebut tatkala filem itu dalam penggambaran.


Berkemungkinan karisma Anwar tidak mungkin diduplikasi oleh sesiapa. Namun, Anwar Ibrahim sendiri dalam sidang media selepas pra-tonton filem berkenaan telah menzahirkan pujian atas usaha Farid yang bersungguh sungguh melakonkan wataknya juga usaha pihak Bianglala Entertainment menghasilkan filem mengenai dirinya.


Kesan tumbukan, semangat reformasi


Sementara itu, ada juga beberapa babak yang menyentuh hati penulis antaranya ketika Anwar diseksa dan terbaring dalam keadaan luka-luka serta berdarah di ruang lokap polis.


Sidang media PM menzahirkan pujian kepada pelakon utama, pengarah dan penerbit yang menghasilkan filem

Ditambah, kecekalan babak sang isteri, Dr Wan Azizah yang terus menerus memperjuangkan nasib suaminya daripada dizalimi membuatkan penonton mampu mengalirkan air mata.


Tidak lupa pada babak akhir filem terbabit yang menonjolkan mata lebam Anwar setelah seminggu ditahan tanpa khabar berita.


Kesan tumbukan itu kemudian menjadi simbol kebangkitan rakyat memperjuangkan gerakan reformasi melawan tirani yang diterjemahkan dalam perkataan 'Lawan Tetap Lawan' sehingga ke hari ini.


Apapun pada pandangan penulis, filem Anwar sarat dengan pengajaran dan mesej. Penulis berharap pada masa hadapan dibuat sekuel bagi menceritakan sejarah Anwar pada era seterusnya sehingga diangkat menjadi Perdana Menteri.


Justeru, penulis menyarankan filem ini wajib ditonton oleh semua golongan terutamanya remaja supaya mereka mengerti realiti perit getir dalam memerangi rasuah.


Kerana musuh negara waktu ini bukan lagi penjajah mahupun kuasa asing tetapi perasuah yang terdiri daripada kalangan bangsa kita sendiri.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page