top of page

Filem animasi tempatan mampu bersaing di peringkat antarabangsa - PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 6
  • 1 min read

ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan keyakinan bahawa filem animasi terbitan syarikat tempatan mampu bersaing di peringkat antarabangsa.


Menerusi satu hantaran di laman Facebooknya, Anwar merakamkan ucapan syabas susulan terbitan terbaharu filem animasi syarikat produksi Les' Copaque bertajuk ‘Dongeng Sang Kancil’


"Pastinya, filem ini menghidupkan semula elemen nostalgia kanak-kanak yang teruja melihat kebijaksanaan Sang Kancil dalam menyelesaikan permasalahan yang timbul selain menyatukan haiwan-haiwan lain di dunia rimba mereka.


"Syabas di atas filem animasi yang membanggakan negara ini, produk seni tempatan akan mampu terus bersaing di peringkat antarabangsa, Insya-Allah," katanya.


‘Dongeng Sang Kancil’ merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D serta kesan khas 2D yang mula ditayangkan di seluruh negara pada 26 Dis lepas dan berjaya mencatat kutipan RM1.5 juta pada hari pertama tayangan.


Berdurasi 90 minit, ia mengisahkan pengembaraan seekor kancil yang ingin membela kematian ibunya yang dibunuh dengan kejam oleh 'bayang hitam'.


Anwar menerusi perkongsian itu turut memaklumkan kesempatan menonton filem animasi itu bersama keluarga petang semalam bagi meraikan anak-anak para pelajar SK Cochrane, SJK (T) Jalan San Peng, SK (P) Jalan Batu, dan anak yatim dari SK Semenyih.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page