top of page

Festival Budaya Putrajaya jana limpahan ekonomi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 22, 2024
  • 1 min read

ree

Festival Budaya Putrajaya yang dirasmikan hari ini diharap mampu membawa pulangan ekonomi yang besar kepada sektor pelancongan di kawasan berkenaan.


Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustapha, Festival Budaya Putrajaya itu disasarkan akan dikunjungi sekitar 150,000 orang.


"Mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri, bagi merasmikan Festival Budaya Putrajaya anjuran bersama di antara Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta Perbadanan Putrajaya.


"Dengan sasaran 150,000 pengunjung, festival ini diharapkan dapat memberi manfaat besar kepasa sektor pelancongan, sekaligus menjana limpahan ekonomi yang positif untuk komuniti setempat," katanya dalam catatan di Facebook.


Tambah beliau, festival yang bertemakan "Perpaduan Melalui Seni Budaya" itu amat tepat dengan matlamat kerajaan dalam memperkukuh integrasi nasional.


"Sudah pasti, keseniaan dan kebudayaan yang ditonjolkan dalam pelbagai jenis acara di festival ini adalah cerminan perpaduan yang lahir daripada kepelbagaian budaya kita, sekaligus memastikan warisan budaya ini terus kekal untuk generasi masa hadapan," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page