Ferdinand Marcos akui hubungan dengan PM Anwar sangat rapat
- Suara Keadilan

- Aug 15, 2023
- 1 min read

Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr menyifatkan hubungannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai sangat rapat.
Perkara itu dinyatakan Marcos dalam satu temu bual bersama Manila Bulletin.
Menurutnya Anwar adalah sahabat lama dan persahabatan mereka berdua telah terjalin sejak dulu lagi. Malah menurut Marcos, beliau sempat bertemu dengan Anwar selepas Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dibebaskan daripada tahanan.
"Salah satu kejutan yang menarik ialah beliau merupakan peminat sejati Jose Rizal (pejuang bangsa di Filipina), malah pernah mengadakan siri syarahan tentang Rizal," kata Marcos seperti dilapor Manila Bulletin.
Sebagai rekod, Anwar dan Marcos telah mengadakan pertemuan secara rasmi dua kali pada tahun ini.
Pada Mac Anwar mengadakan lawatan rasmi ke Filipina, manakala Marcos pula mengadakan lawatan kerja selama tiga hari ke Malaysia pada Julai.
Semasa lawatan tersebut, Malaysia dan Filipina antaranya bersetuju untuk menyokong Kepusatan ASEAN dan terus bekerjasama rapat untuk menangani pelbagai cabaran yang ditimbulkan oleh geopolitik dan sosioekonomi yang sentiasa berubah.




Comments