Fenomena taska tolak jaga bayi bawah setahun diberi perhatian segara


Kerajaan Selangor memandang serius fenomena pengusaha taska berdaftar di seluruh negara menghentikan perkhidmatan penjagaan bayi bawah usia setahun.
Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, Anfaal Saari berkata, situasi itu dianggap serius kerana akan mendorong ibu bapa menghantar anak kepada pengasuh tidak berdaftar di rumah.
"Kita bimbang akhirnya ibu bapa terpaksa berpindah kepada pengasuh di rumah yang tidak berdaftar, sekali gus menyebabkan isu keselamatan dan pemantauan timbul," katanya dipetik.
Anfaal sebelum ini mendedahkan segelintir pengusaha taska mewujudkan gerakan tidak mengambil bayi bawah 12 bulan di premis mereka. Ia susulan kerisauan pihak berkenaan terhadap kes-kes termasuk kematian akibat tersedak susu.
Selain itu, ia juga berpunca daripada nisbah semasa seorang pengasuh bagi tiga bayi, yang memerlukan penjagaan rapi bagi mengelakkan insiden itu dan tindakan pihak berkuasa.
Sementara itu Anfaal menjelaskan, beliau akan mengadakan pertemuan dengan menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri dalam masa terdekat untuk membincangkan isu berkenaan.
"Saya sedang dapatkan tarikh dari pegawai Menteri atau Timbalan Menteri untuk berbincang hal ini dan mungkin perjumpaan di Parlimen," tambahnya.
Media pada Ahad melaporkan, 40 peratus pengusaha taska berdaftar di seluruh negara dikesan menghentikan perkhidmatan atau tidak menyediakan perkhidmatan mengasuh bayi bawah setahun sehingga menimbulkan kebimbangan kalangan ibu bapa.




After seeing https://au.trustpilot.com/review/pokiesappcash.com, I started thinking about how parents depend on signals like reviews when choosing care—yet for unregistered babysitters, there’s no such check. The 1:3 ratio for infants sounds doable in theory, but one baby needing constant attention shows why some taska owners bow out. That leaves families weighing safety against the lack of options.