top of page

Felo gagal buktikan sijil tulen ditamatkan sertai program Felo Perdana



Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menamatkan mana mana Felo yang dipilih untuk menyertai program Felo Perdana di bawah kementerian tersebut yang melanggar terma perjanjian penyertaan.


Menurut kenyataan Unit Komunikasi Korporat KBS, susulan terdapat invidu yang gagal menunjukkan sijil aslinya, maka individu itu akan ditamatkan penyertaan beliau.


"KBS mengambil maklum perkara yang tular berkenaan Felo Perdana yang ditempatkan di Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).


"Pelajar universiti awam di ibu negara ini telah menyenaraikan beberapa pencapaian semasa permohonan program Felo Perdana.


"Namun bagi salah satu pencapaian yang disenaraikan, setelah disemak dengan lebih lanjut bersama penganjur, adalah didapati bahawa sijil yang dikemukakan tidak tulen


"Justeru berkaitan isu ini, beliau akan ditamatkan dari menyertai program Felo Perdana kerana telah melanggar terma perjanjian program. Walau bagaimanapun, beliau akan ditawarkan untuk mengikuti sesi kaunseling," kata KBS dalam kenyataan.


KBS juga berkata, akan memulakan siasatan untuk memastikan pelaksanaan program berkenaan akan dikukuhkan lagi pada masa hadapan.


"KBS sentiasa mendukung usaha kerajaan dalam memantapkan tatatelola yang baik untuk semua program kerajaan dan tidak akan berkompromi dengan sebarang ketirisan dalam hal ini," ujar kenyataan itu lagi.


Program Felo Perdana merupakan program mentoring dan internship dengan matlamat melahirkan belia yang berdaya saing dan memahami sistem pentadbiran negara.


Program berkenaan telah berjaya menghasilkan 763 orang Felo sejak dilancarkan pada tahun 2013.


Pengambilan Felo melalui prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dan tapisan keselamatan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO).

* Foto Majlis Penyerahan Felo Perdana kepada kementerian di Bangunan Perdana Putra, 23 Ogos lalu






0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page