top of page

Felda MADANI: Cadangan Hala Tuju Baharu, Penglibatan Anak Muda

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 1
  • 3 min read


Oleh: Dr Bam Al-Haj


ULASAN: FELDA perlu hala tuju baharu. Kejayaan rancangan pembangunan tanah yang dipelopori oleh Perdana Menteri Kedua Allahyarham Tun Abdul Razak perlu diperkasakan. Legasi ini perlu mencari haluan baharu yang lebih kukuh dan mampan (sustainable) untuk 50 tahun lagi.


Jika generasi awal FELDA dahulu meneroka hutan belantara, menanam kelapa sawit dan getah dengan keluasan 6,855.2 km persegi. FELDA akan datang perlu merancang projek baharu yang berbeza daripada tanaman kelapa sawit yang mendominasi tanah rancangan itu selama ini.


Dua tahun lalu saya mencadangkan penjenamaan FELDA sebagai FELDA MADANI.


Projek pertanian


FELDA MADANI adalah usaha memperkasa anak-anak muda, khususnya generasi kedua dan ketiga FELDA dengan melaksanakan projek-projek baharu pertanian seperti tanaman sayur-sayuran, buah-buahan, penternakan ikan air tawar, udang atau lobster, ayam, lembu dan kambing.

Dr Bam Al-Haj
Dr Bam Al-Haj

Anak-anak muda tidak lagi perlu diberikan tanah 10 ekar seperti peneroka awal FELDA, tetapi memadai tanah seluas 1 ekar. Contohnya, di FELDA Keratong, terdapat tapak tanah yang dirancang untuk dijadikan Bandar Tun Razak, tetapi tidak dilaksanakan selama 45 tahun.


Tanah yang terbiar seluas 200 ekar itu boleh dibangunkan sebagai hub pertanian khusus untuk satu produk. Saya percaya terdapat banyak lagi kawasan milik FELDA yang boleh dibangunkan untuk projek dan produk baharu.


Usahawan tani


Jika 200 ekar diberikan kepada 200 orang anak-anak Felda, ia boleh diusahakan secara berkelompok, FELDA MADANI akan melahirkan generasi usahawan tani.


Contohnya tanam durian Musang King. Seekar boleh ditanam 30 pokok. Sebagai komoditi baharu yang mendapat permintaan di luar negara, hasil seekar durian Musang King bersamaan dengan hasil 15 ekar hasil kelapa sawit pada tahun ketujuh. Atau boleh sahaja ditanam dengan cili. Hasil satu ekar cili besar pun menyamai hasil 10 ekar kelapa sawit.


Boleh juga diusahakan ternakan ikan keli atau tilapia. Hasilnya juga amat lumayan. Begitu juga dengan ternakan ayam, lembu atau kambing. Hasilnya juga besar.


Ia boleh diusahakan secara kelompok. Ia boleh menggunakan model Inisiatif Pendapatan Rakyat - INTAN.


FELDA boleh merancang dan melilih produk yang benar-benar berdaya saing dan mampu menjana pendapatan yang tinggi.

Sudah tentu anak-anak muda ini perlu dilatih menjadi usahawan. Banyak agensi yang membantu seperti INSKEN, IKMA, MDEC, HRDCORP dll.


FELDA tidak sepatutnya bersendirian dalam hal ini. Sesi libat-urus dengan pelbagai agensi dan pemain industri boleh membantu. FELDA MADANI boleh menggunakan teknologi Ai dan IoT bagi meningkatkan produktiviti.


Satu gugusan satu produk


317 buah FELDA yang sedia ada dikelompokkan kepada 11 wilayah, sekiranya satu Wilayah FELDA fokus kepada satu produk, FELDA MADANI boleh menjadi hub pengeluar makanan seperti contoh berikut:


  1. Cili

  2. Rock Melon

  3. Ikan Keli

  4. Lobster/Udang

  5. Ikan Talapia

  6. Lembu

  7. Kambing

  8. Ayam

  9. Musang King

  10. Udang

  11. Sayur-sayuran


Ia dapat membantu usaha kerajaan untuk memastikan keterjaminan makanan.


FELDA boleh mewujudkan badan pemasaran sendiri hingga ke peringkat antarabangsa. Banyak industri hiliran dan banyak peluang pekerjaan boleh dicipta.


FELDA MADANI juga boleh mencontohi Mesir yang mengusahakan ternakan ikan dan udang laut di pesisir pantai negara yang cukup luas. FELDA boleh bekerjasama dengan kerajaan-kerajaan negeri untuk tujuan tersebut.


Tiada yang mustahil


FELDA MADANI boleh menggembleng anak-anak muda mengusahakan pelbagai produk yang hanya memerlukan tanah suku ekar tapak rumah menjadi kilang keropok lekor, biskut, kuih, atau produk-produk baharu. Tiada yang mustahil. Hendak seribu daya. Hendak seribu daya, tak nak sejuta dalih!


Yang penting ialah kesungguhan, disiplin dan kerajinan. Saya difahamkan sudah ada FELDA di Melaka yang mengusahakan ladang ayam. Model itu nampaknya sudah berjaya. Ia perlu diperluaskan kepada projek-projek lain.


Berfikir di luar kotak


FELDA perlu berani berfikir di luar kotak. Mungkin inilah yang difikirkan oleh PMX. Sebab itulah beliau memberikan tempoh sebulan kepada FELDA untuk mengemukakan cadangan. Kami anak-anak FELDA bersedia untuk membantu.


Sebagai anak peneroka FELDA generasi pertama, saya mohon mencadangkan.



Dr Bam Al-Haj merupakan penulis bebas dan ahli NeuroMarketing Strategist.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page