top of page

FELDA, FELCRA dan RISDA peroleh manfaat RM2.4 bilion


Oleh: Abdullah Zaid


Kerajaan menyediakan RM 2.4 bilion kepada FELDA, FELCRA dan RISDA untuk terus merancakkan aktiviti agrikomoditi dan meningkatkan sosioekonomi pekebun kecil.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, menjelang 2027 keluasan sawit tua yakni lebih 25 tahun dijangka mencapai lebih 560 ribu hektar sekaligus dibimbangi menjejaskan produktiviti hasil buah tandan segar dengan kerugian sehingga RM7 bilion setahun.


"Bagi membendung masalah ini, Kerajaan akan menyediakan Insentif Program Tanam Semula Sawit dengan peruntukan 100 juta ringgit.


"Insentif ini akan ditawarkan secara geran dan pinjaman kepada 7,000 pekebun kecil sawit persendirian," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024, hari ini.


Jelasnya, industri kelapa sawit negara perlu terus dipertahan daripada salah tanggapan pihak Eropah.


"Kerajaan menyediakan RM70 juta bagi meningkatkan tahap kemampanan industri sawit serta memperhebat Kempen Menangani Antiminyak Sawit di pentas antarabangsa.


"Lembaga Getah Malaysia telah berjaya membangunkan kaedah penggunaan gas stimulan yang berupaya memangkin pengeluaran getah sehingga tiga kali ganda di samping mampu menambah jangka hayat pokok getah sehingga 25 tahun," katanya.


Justeru itu, RM10 juta disediakan bagi melaksanakan projek rintis penggunaan gas stimulan untuk manfaat pekebun kecil getah di ladang seluas 1,000 hektar.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page