top of page

Fasiliti sekolah perlu dipastikan selamat – Wanita KEADILAN Negeri Sembilan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 29
  • 1 min read
ree

Wanita KEADILAN Negeri Sembilan menyokong penuh arahan Kementerian Pendidikan supaya semua pentadbir sekolah, pejabat pendidikan daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) memastikan fasiliti sekolah berada dalam keadaan selamat.


Ketuanya, Rosmawaty Muhamad Ros (gambar) sebagai mengulas insiden seorang pelajar maut selepas terjatuh ke dalam lubang kumbahan di sebuah sekolah pada Sabtu berkata, pihaknya turut menyokong arahan supaya siasatan terhadap insiden itu segera diadakan.


"Wanita KEADILAN Negeri Sembilan mengucapkan takziah, dan mendoakan semoga keluarga mangsa tabah menghadapi ujian ini.


"Kami menyambut baik tindakan segera pihak kementerian yang mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri segera menjalankan siasatan mengenai kejadian ini.


"Kami turut menuntut perancangan mitigasi dilaksana untuk memastikan keselamatan murid dalam kawasan sekolah," katanya menerusi satu kenyataan.


Terdahulu, seorang murid lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam lubang sedalam 1.8 meter ketika menyertai kejohanan sukan olahraga di sebuah sekolah di Lenggeng, Nilai.


Pasukan bomba yang tiba di lokasi berjaya mengeluarkan mangsa sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban, namun disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page