top of page

Fasiliti kesihatan swasta dibenar ambil JTWA mulai Oktober



Bermula 1 Oktober ini, fasiliti kesihatan swasta akan mula dibenarkan mengambil jururawat terlatih warga asing (JTWA), kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.


Dalam satu kenyataan Dr Zaliha berkata, kekurangan tenaga kerja jururawat telah memberi kesan yang besar terhadap penyampaian perkhidmatan kesihatan secara efektif.


Isu tersebut juga jelas beliau sudah lama dibangkitkan oleh pelbagai pihak dalam rangkaian industri perubatan swasta dan harus diatasi.


"Kriteria yang mengekang telah dikaji semula dan diberi kelonggaran bersyarat sementara demi kepentingan perkhidmatan yang lebih mampan dan berdaya saing," katanya.


Kenyataan itu menjelaskan, antara syarat ditetapkan selepas ini adalah pemohon perlu menduduki ujian Malaysian Nursing Board Qualification Examination for Foreign Trained Nurses yang dikendalikan Lembaga Jururawat Malaysia dan bilangan JTWA di setiap fasiliti kesihatan swasta tidak boleh melebihi 40 peratus daripada jumlah jururawat di fasiliti berkenaan.


Syarat lain adalah pengambilan JTWA adalah sah bagi tempoh 12 bulan sahaja iaitu mulai 1 Oktober 2023 sehingga 30 September 2024 dan pelanjutan perkhidmatan dibenarkan selama 12 bulan mengikut kelulusan Perakuan Pengamalan Sementara (TPC) JTWA serta dinilai semula berdasarkan keadaan dan keperluan semasa.


"Pengambilan JTWA juga hendaklah mematuhi kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri, termasuk perincian gaji dan tempoh kontrak," katanya.


Sementara itu Dr Zaliha berkata, dengan langkah terbaharu itu, kementeriannya menjangkakan langkah itu akan memberi kesan positif terhadap pelbagai sektor seperti industri pelancongan kesihatan dan seterusnya merangsangkan pertumbuhan ekonomi negara.


"Keputusan ini disambut baik oleh industri perubatan swasta kerana ia dapat membantu mengoptimumkan pengoperasian dan perkhidmatan mereka," katanya.


Menegaskan KKM tetap memberi keutamaan kepada kebajikan dan prospek kerjaya jururawat tempatan, Dr Zaliha berkata, KKM akan melaksanakan pengambilan tetap graduan Diploma Kejururawatan dari Institut Pengajian Tinggi Awam dan Institut Pengajian Tinggi Swasta secara berfasa bagi tahun 2024 dan 2025.


"Langkah ini diambil untuk mengisi keperluan jururawat di fasiliti KKM dan akan memastikan peluang pekerjaan jururawat tempatan terpelihara," katanya.

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page