top of page

Fasa pemulihan Covid 19: KEADILAN Wilayah Persekutuan teruskan kerja kebajikan



KEADILAN Wilayah Persekutuan melipatgandakan kerja-kerja kebajikan sebaik sahaja situasi pandemik Covid 19 memasukki fasa pemulihan.


Menurut Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan, Andre Lai, baru-baru ini aktivis KEADILAN Wilayah Persekutuan, Steven Chung telah berkunjung ke Pasar Ikan Emas, Cheras bagi menjalankan program pendaftaran skim kebajikan melalui skim SMUE dan program JKM.


"Kawasan di Cheras dan Bandar Tun Razak merangkumi jaringan projek perumahan awam serta kos rendah dan mempunyai komposisi masyarakat Cina yang ramai


"Mitos masyarakat Cina kaya raya adalah laungan daripada mereka yang mengamal permainan politik sempit. Di Bandar Tun Razak misalnya, dalam PPR Sri Pulau Pinang dan Sri Johor mempunyai golongan B40 daripada kalangan masyarakat Cina yang tinggi.


"Saya mengalu-alukan pendekatan proaktif aktivis KEADILAN seperti Steven menjalankan program pendaftaran ini. Ia tidak mudah, tetapi sekiranya berjaya, ia mampu menolong mendapatkan bantuan kewangan buat mereka yang layak untuk jangka masa panjang. Lebih baik daripada bantuan secara 'one-off'," katanya.


Sementara itu, menurut Steven Chung, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) banyak rakyat terjejas dan hilang pendapatan yang memerlukan bantuan kewangan, dan mereka perlu dibantu sesegera mungkin.


"Saya memahami kesulitan disebabkan oleh PKP dan darurat. Pegawai kerajaan pula terpaksa berkerja dari rumah dan tidak dapat memberi kelulusan (bantuan).


"Oleh itu, saya berada di sini untuk menolong mereka isi borang dan hantar ke pihak berkuasa supaya dapat diproses," katanya.


Sementara itu, Puan Lydia yang ditemui dalam program tersebut melahirkan rasa sukacita dengan program itu.


Katanya, sebelum ini penjaja juga gembira apabila pihak KEADILAN kawasan melakukan program sanitasi di pasar berkenaan.


"Penduduk di kawasan berdekatan kebanyakkannya warga emas dan golongan miskin. Sekiranya mereka boleh mendapat bantuan kewangan bulanan daripada jabatan kebajikan, ia adalah sesuatu yang amat baik untuk kesinambungan hidup mereka," katanya.


Program pendaftaran kebajikan tersebut mendapat sambutan luar biasa dengan lebih 120 orang telah didaftarkan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page