top of page

Fasa endemik: Sukan untuk pulih kesihatan mental kalangan belia - Exco Selangor

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Oct 10, 2021
  • 1 min read


Sukan merupakan salah satu aktiviti yang mampu memulihkan kesihatan mental dalam kalangan belia selepas terkurung dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak berbulan-bulan lamanya.


Bagi tujuan itu, Exco Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Selangor, Mohd Khairuddin Othman menyokong usaha dua Ahli Dewan Negeri (ADN) Selangor dengan kerjasama agensi Kerajaan Negeri menganjurkan larian 3KM Fit Mental dan Scavenger Hunt 2021 pada hujung bulan ini.


"Kerajaan Negeri memandang serius fenomena dan impak besar kepada kesihatan mental belia yang terkesan akibat Covid-19. Kerajaan Negeri menyambut baik sebarang usaha ke arah membaikpulih dan membantu meningkatkan kesedaran masalah kesihatan mental di kalangan belia.


"Selaras dengan hasrat tersebut dan sempena Bulan Kesihatan Mental, Kerajaan Negeri menyokong usaha yang dicetuskan oleh YB Michelle Ng Mei Sze, ADN Subang Jaya dan YB Lim Yi Wei, ADN Kampung Tunku dalam membantu belia mengalami masalah kesihatan mental dengan cara menggunakan dan memanfaatkan penggunaan teknologi," katanya.


Menurut Khairuddin, Kerajaan Negeri bersama kedua-dua Ahli Dewan Negeri itu serta Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS), Care Warriors dan Penggerak Belia Selangor (PeBS) akan menganjurkan program berkenaan pada 30 Oktober 2021 dari 7 pagi sehingga 6 petang.


Manakala hadiah yang diperuntukkan adalah sebanyak RM500 untuk 10 pemenang pertama dan cabutan bertuah.


"Dengan penganjuran program ini, Kerajaan Negeri berharap dapat membantu meningkatkan kesedaran kesihatan mental di kalangan belia serta meyakinkan mereka bahawa kebajikan belia akan terus dipelihara," katanya lagi.


Pendaftaran untuk menyertai larian terebut boleh dilakukan melalui https://tinyurl/MHRun2021

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page