top of page

Fasa endemik Covid 19: Kerajaan Negeri perkenal Hari Selangor Bersukan



Kerajaan Negeri Selangor menyedari pentingnya kesihatan rakyat pada fasa endemik Covid 19 selepas berbulan-bulan dikurung menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)


Sehubungan itu, Kerajaan Negeri memperkenalkan Hari Selangor Bersukan 2021 (HSB2021) yang disambut hari ini.


Menurut Exco Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman, sambutan HSB2021 merupakan usaha pro aktif membudayakan sukan di kalangan rakyat dan memperkasakan keharmonian, perpaduan, kemuafakatan serta memberi pengiktirafan kepada atlet juga rakyat, lebih-lebih lagi setelah aktiviti sukan terhenti akibat krisis pandemik Covid-19.


"Sempena sambutan HSB2021 9 Oktober ini, Kerajaan Negeri berbesar hati memberi sumbangan khas sebanyak RM 720,700 kepada Persatuan Sukan, Majlis Sukan Daerah dan Kontinjen SUKMA untuk memulakan kembali latihan atlet setelah sekian lama tertangguh berlatih akibat krisis pandemik Covid-19," katanya dalam ucapan perasmian HSB2021, pagi tadi.


Tambah Khairuddin, pelbagai acara telah diatur sempena HSB2021 yang diadakan di Bukit Jugra. Antaranya Fun Run sejauh 3 KM ke puncak Bukit Jugra, senamrobik, pertunjukkan paragliding, pertunjukkan jump rope, dan pelancaran larian Fit Mental.


Beliau juga mengucapkan setinggi penghargaan kepada Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) dan Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) atas sokongan sambutan HSB2021. Juga penghargaan kepada Selangor Volunteer (SERVE) di bawah kelolaan Penggerak Belia Selangor (PeBS) yang terlibat sama untuk menjaga keselamatan peserta larian.


"Sambutan Hari Selangor Bersukan akan diadakan hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober pada setiap tahun.


"Kerajaan Negeri yakin, penganjuran Hari Selangor Bersukan ini merupakan inisiatif terbaik dalam membudayakan lagi sukan sebagai gaya hidup di kalangan rakyat seterusnya menjadikan Selangor sebagai peneraju kecemerlangan negeri bersukan," kata Ahli Dewan Negeri Paya Jaras itu lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page