top of page

Fasa endemik Covid 19: Jasa anggota keselamatan perlu dikenang



Negara memasukki fasa endemik Covid 19 apabila bawaan virus tersebut dianggap sebagai penyakit biasa yang boleh dirawat dan tidak menyebabkan malapetaka.


Susulan itu, sekatan jalan raya ditamatkan sepenuhnya pada 11 Oktober lalu dan rakyat bebas untuk berpergian ke seluruh negara.


Bagi Ahli Dewan Negeri Sentosa, Dr Gunaraj George, tamatnya sekatan jalan raya sejak hampir 2 tahun lalu mewajarkan rakyat mengenang pahit getir tugas anggota keselamaan sama ada polis, tentera mahu pun rela dalam menjalankan tugas.


"Jasa dan pengorbanan pihak berkuasa akan sentiasa dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia. Bertugas menjalankan sekatan jalan raya tanpa mengenal erti lelah ketika hujan mahupun panas, siang mahupun malam bagi memastikan setiap rakyat Malaysia mematuhi SOP yang telah ditetapkan Kerajaan untuk mengekang penularaan wabak Covid 19.


"Kita dalam fasa endemik dan telah mencapai imuniti kelompok 90% populasi dewasa yang lengkap divaksin. Oleh yang demikian sudah menjadi tangungjawab kita untuk sentiasa kekal mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan. Semoga kita semua dapat berganding bahu bagi membantu memulihkan ekonomi negara di samping memutuskan rantaian penularan Covid 19," katanya.


Dr Gunaraj yang juga Pengawai Khas Perhubungan Masyarakat Menteri Besar Selangor justeru mengucapkan penghargaan kepada anggota keselamatan yang berkorban sepanjang tempoh pandemik Covid 19.


"Sekali lagi, saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua anggota Polis, Tentera dan Rela yang terlibat dalam tugasan sekatan jalan raya.


"Terima kasih juga kepada para petugas barisan hadapan di Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertungkus lumus dalam memastikan kesejahteraan rakyat Malaysia.


"Sebagai rakyat Malaysia, saya mendoakan agar kita semua sentiasa patuh kepada SOP dan dilindungi daripada jangkitan Covid 19," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page