top of page

Fasa 2 pemulihan: KEADILAN Jasin terus bantu rakyat



Kerajaan meletakkan Melaka di bawah Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara mulai 3 September lalu.


Cakna terhadap usaha bersama meringankan beban masyarakat, KEADILAN Jasin terus konsisten membantu masyarakat yang memerlukan melalui bantuan bakul makanan.


Setiausaha Pengelola KEADILAN Cabang Jasin berkata, usaha mengedarkan bakul makanan tetap rancak di kawasan tersebut seperti mana ketika Melaka di bawah Fasa 1 dahulu.


"Inisiatif melalui bantuan bakul makanan daripada Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin selaku Ketua Cabang KEADILAN Jasin diteruskan walaupun negeri Melaka beralih kepada Fasa 2 di bawah Pelan Pemulihan Negara .


"Selain menelusuri masyarakat di kawasan sekitar Kampung Sempang Pantai dan Serkam Darat melalui bantuan bakul makanan, KEADILAN Jasin turut bertanya khabar penduduk dan menasihati mereka yang belum mendapatkan vaksin agar segera berbuat demikian dalam usaha bersama mencapai imuniti kelompok di samping pencegahan daripada dijangkiti wabak virus Covid 19," katanya.


Turut sama dalam jelajah bakul makanan itu ialah Naib Ketua Cabang KEADILAN Jasin, Marhan Berahim dan Shukur Rassal, Ketua Wanita KEADILAN Jasin, Noranizah Abdul Karim, Setiausaha KEADILAN Cabang Jasin Mohd Faizal Daud dan Pengerusi Penggerak Harapan Rakyat Syamsul Iqbal Mohd Akin.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page