top of page

Farzana sedia pikul amanah, bawa suara rakyat Klebang

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
9 hours ago
1 min read
Farzana dalam misi bertemu pengundi berkempen di DUN Klebang
Farzana dalam misi bertemu pengundi berkempen di DUN Klebang

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang, Farzana Hayani Mohd Nasir, menggariskan beberapa isu sebagai keutamaan di kawasan itu.


Menurutnya, beberapa perkara dibangkitkan penduduk termasuk isu banjir berulang dan infrastruktur jeti nelayan akan diberi perhatian segera sekiranya diberi mandat mewakili DUN tersebut.


"Contohnya, bagi nelayan di Kampung Pinang, kita kenal pasti masalah sistem perparitan dan infrastruktur yang perlu ditambah baik.


"Di kawasan yang sering dilanda banjir seperti Murni, Kampung Seberang Gajah dan Bukit Rambai, kita akan melihat langkah penyelesaian yang bersesuaian," katanya dipetik selepas sesi 'walkabout' di Taman Nirwana pada Ahad.


Selain isu tersebut, Farzana turut tekad memperkasa ekonomi dan memastikan keperluan pesawah, wanita dan golongan muda diberi perhatian.


"Tumpuan kita adalah membantu meningkatkan pendapatan suri rumah serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan," tambahnya.


Sementara itu sebagai mengulas cabaran sepanjang kempen, Farzana mengakui berdepan persaingan daripada calon yang mempunyai pengalaman, namun bersedia memikul tanggungjawab sekiranya mendapat kepercayaan pengundi.


"Pertembungan empat penjuru memang cabarannya besar, lagi-lagi saya bertembung dengan orang-orang lama dan saya seorang saja calon wanita muda di Klebang.


"Tetapi insya-Allah, kita akan bekerja dengan lebih kuat untuk memenangkan Klebang," tegasnya.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page