top of page

Farhash ancam saman ketua Armada Bersatu



Mantan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Perak, Datuk Farhash Wafa Salvador membidas tuduhan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang mengaitkan dirinya dengan usaha menarik sokongan Ahli Parlimen pembangkang kepada Perdana Menteri.


"Saya dengan sekeras-kerasnya mengecam dan menafikan tuduhan-tuduhan fitnah yang tidak benar dan tidak berasas yang dilontarkan terhadap saya.


"Saya tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang dakwaan tidak benar dan tidak berasas oleh Wan Ahmad Fayhsal tersebut.


"Disebabkan oleh fitnah tersebut, saya merasa terpanggil untuk menyatakan bahawa tuduhan itu telah dibuat dengan niat jahat dan tanpa sebarang bukti langsung," katanya dalam satu kenyataan.


Wan Fayhsal yang juga Ahli Parlimen Machang dalam sidang media di Parlimen mendakwa terdapat dua individu dikenali sebagai “Datuk Botak” dan seorang bekas setiausaha politik sebagai individu bertanggungjawab menarik sokongan wakil rakyat pembangkang kepada Anwar.

Menyifatkan tuduhan itu berniat jahat dan dijadikan sebagai alatan politik untuk menyebarkan khabar angin, Farhash menegaskan beliau akan membuat laporan polis dan memfailkan tuntutan saman fitnah terhadap Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu.

"Saya sudah lama tidak terlibat dengan kancah politik, dan kini hanya menjalankan kehidupan sebagai ahli perniagaan.


"Saya tidak faham mengapa saudara Wan Fayhsal telah melontarkan fitnah sedemikian terhadap saya dengan niat untuk menjatuhkan reputasi dan kehormatan diri saya, demi kepentingan politik beliau," tambah Farhash.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page