FAMA diarah lakukan intervensi pemasaran Beras Putih Tempatan


Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) diarah oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu untuk campurtangan dalam pemasaran Beras Putih Tempatan (BPT) yang dilaporkan mengalami kekurangan bekalan di beberapa negeri.

"Beras ini kita minta FAMA interfere (campurtangan) seperti interfere telur dan ayam.
"Kalau berlaku mana mana kekurangan, FAMA akan terlibat dan kita ambil serius perkara ini sekarang," kata Mohamad dalam satu siaran media.
Intervensi tersebut adalah bagi menjamin tidak lagi berlaku kekurangan bekalan BPT dalam negara melalui ketersediaan bekalan di Pusat Operasi FAMA serta outlet peruncitan FAMA
Menurut Mohamad lagi, intervensi BPT tersebut melibatkan 12 negeri di Semenanjung Malaysia dengan 35 Pusat Operasi dan edaran sebanyak 400,000 kg atau 400 metrik tan.
BPT juga, katanya, akan diedarkan di 416 outlet peruncitan FAMA dan 11 outlet pemasaran FAMA Corporation.




Comments