top of page

Falsafah MADANI: Semua golongan nikmati tahap teknologi sama - PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 27, 2023
  • 1 min read


Oleh: Abdullah Zaid


Transformasi teknologi negara tidak akan mampan sekiranya rakyat tidak mendapat manfaat atau menikmati perubahan yang sama rata, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Tambah Perdana Menteri, falsafah MADANI menekankan setiap rakyat tidak kira di bandar mahupun pedalaman mesti diberi peluang dan manfaat yang adil kepada semua.


"Kita tidak boleh mampan jika kita hanya melihat dari segi perubahan dan transformasi teknologi tanpa keprihatinan dan ihsan, dan memastikan setiap rakyat di negara ini mendapat peluang itu.


"Pelaksanaan rangkaian 5G ini secara keseluruhannya jelas menunjukkan yang ia bukan hanya mengenai teknologi tetapi memastikan dari setinggan dan rakyat miskin di bandar, sehingga ke kawasan paling terpencil di Sabah serta Sarawak perlu diberi peluang kepada capaian.


"Pada hemat saya ia tidak mampan. Kemampanan itu bukan hanya bermanfaat untuk golongan elit dan pemerintah sahaja tetapi ia perlu merangkumi (semua) rakyat," katanya.



Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis penutup Sidang Kemuncak Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) Malaysia 2023 hari ini.


Sidang kemuncak dua hari yang bermula sejak semalam itu bertujuan menggalakkan pembangunan inovasi dan prasarana ICT.


Persidangan itu memberi dan mendorong lebih banyak peluang pertumbuhan ekonomi digital mampan serta peningkatan perindustrian Malaysia.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page