top of page

Faktor keluar mengundi rendah sukarkan Warisan Plus menang



Faktor keluar mengundi yang rendah sekitar 66.61% menyukarkan Warisan Plus untuk menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah semalam.


Sekiranya peratusan keluar mengundi lebih 75% sebagaimana Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 lalu Warisan Plus berpeluang mengekalkan penguasaan.


Perikatan Nasional (PN) dan BN cekap berkempen di kerusi 50-50, iaitu kemenangan di bawah 2,000 undi pada PRU lalu.


Kerusi tersebut termasuk antaranya Banggi, Bongawan, Petagas, Kiulu, Melalap, Kemabong, Sugut, Gum Gum, Kunak, dan Balung.


Menurut CEO badan tinjauan pendapat Ilham Centre, Hisomudin Bakar, kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pakatan antara PN dan BN amat jelas di kawasan berkenaan.


“GRS menang besar di kerusi 50-50 manakala pengundi muda yang dulu membantu Warisan Plus menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak mengundi,” katanya.


Penyokong Warisan di Semenanjung pula banyak yang tidak pulang memandangkan wabak Covid 19 yang merebak di Sabah. Mereka khuatir sekiranya pulang maka mereka akan dikuarantin dan tidak boleh kembali bekerja.


Isu Covid juga menghalang segelintir penyokong Warisan keluar mengundi kerana bimbangkan keselamatan.


Hal ini berbeza dengan penyokong lawan yang didakwa mendapat 'imbuhan' tertentu sepanjang kempen dan hari mengundi.


Isu bantuan makanan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pula dimainkan sehingga ke tahap fitnah. Tentu sekali Kerajaan Negeri tidak mampu membelanjakan banyak wang untuk memberi bantuan kepada seluruh rakyat Sabah. Apatah lagi ketika PKP Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan (PH) telah tumbang.


Pengundi di bahagian Barat Sabah melihat kerajaan PN lebih membantu mereka, dan itulah jawapan bagaimana PN yang baharu diperkenalkan di Sabah boleh menang sehingga 17 kerusi. Sesuatu yang pelik dan tidak masuk akal.


Walau bagaimanapun keputusan PRN Sabah boleh menjadi pengajaran kepada PH untuk menghadapi PRN di Sarawak pada awal 2021 dan PRU ke 15. Pelbagai aspek strategi dan kesepaduan antara parti-parti perlukan penjajaran semula jika PH serius untuk kembali mengambilalih kerajaan pusat.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page