top of page

Faktor keluar mengundi kurang 20% punca PH kalah



Pakatan Harapan (PH) dijangka menang dalam Pilihan Raya Negeri Melaka sekiranya keluar mengundi setinggi 80% sebagaimana Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 lalu.


Bagaimanapun, kata Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke, faktor keluar mengundi hanya sekitar 65% menyebabkan beberapa kerusi parti itu tidak dapat dipertahankan.


"Kita kalah di kerusi Gadek dan Bemban. Di Gadek kita kalah 800 undi. Di Bemban kita memang tak dapat pertahan kerusi itu


"Dari analisa awal di kerusi tradisi DAP kita kekalkan sokongan. Cuma di kerusi yang kita kalah disebabkan peratusan keluar mengundi menurun lebih 20%. Itu sudah tentu merupakan salah satu penyebab mengapa kita tidak boleh pertahan kerusi marginal yang kita menang PRU lalu," katanya.


Hal itu, tegas Ahli Parlimen Seremban itu perlu dikaji untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan bukan pengundi tradisi sebagai persediaan pilihan raya akan datang.


"Ini satu perkara yang perlu kita beri perhatian di peringkat DAP dan PH untuk meyakinkan semula pengundi yang keluar beramai-ramai pada PRU lepas untuk keluar mengundi pada PRU akan datang.


"Kita lihat peratusan pengundi itu jatuh mendadak. Itu faktor banyak kerusi kita menang tidak berjaya dipertahankan. Ini perlu kita beri fokus. Ini perlu diberi penekanan faktor undi sangat penting. Kita harap pimpinan PH kaji sebaik-baiknya," katanya.


Bagi Presiden Amanah, Mohamad Sabu, penerangan yang tidak dapat disampaikan di kawasan luar bandar punca utama kekalahan teruk kali ini.


"Semua kawasan luar bandar BN mendahului. Oleh itu dalam PRN yang pertama kali seluruh penerangan kepada rakyat tidak dapat disampaikan ini maka keputusan inilah kita perolehi. Kita terima keputusan ini dan bagaimana kita mencari jalan supaya pengundi luar bandar dapat akses maklumat yang tepat pada masa akan datang.


"Kita akan melihat bagaimana untuk menyampaikan maklumat di luar bandar yang kita tahu pembangkang umumnya bergantung kepada kekuatan penerangan," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page