top of page

Faktanya Selangor lebih baik selepas Azmin tinggalkan kerusi MB - Fahmi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 17, 2022
  • 1 min read


Kenyataan pemimpin kanan Bersatu, Azmin Ali bahawa negeri Selangor mengalami kemerosotan selepas beliau meninggalkan kerusi Menteri Besar (MB) negeri itu dibidas banyak pihak sebagai tidak masuk akal.


Bagi Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Fahmi Fadzil, fakta yang boleh ditemui rakyat di mana mana menunjukkan tidak berlaku kemerosotan yang dimaksudkan.


"Azmin tinggalkan Selangor, rizab naik ke RM3.4 bilion, tertinggi sejak 2008.


"Masalah tanah untuk 85,000 permohonan hak milik selesai


"Sumbangan Selangor kepada Keluaran Dalam Negara Kasar hampir capai 24.8%, sedangkan masa Azmin 24%," katanya di Twitter.


Tambah Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, bantuan kepada rakyat juga berterusan malah ditambahbaik berbanding era Azmin.


"Bantuan rakyat bertambah


"Jadi terima kasih Azmin kerana tinggalkan Selangor," katanya sinis.


Semalam, Azmin dilaporkan berkata prestasi negeri Selangor semakin merosot selepas beliau meninggalkan jawatan MB pada 2018.


Kononnya, tidak berlaku kerjasama di antara Kerajaan Negeri dan pusat yang menyebabkan peluang ekonomi terencat.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page