top of page

Fakta bukan auta: 18 calon PN hilang wang deposit dalam PRN



Oleh: Noraini Nordin


ANALISIS: Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri baru-baru ini, selain PN lebih banyak digembar-gemburkan dengan sisi kejayaannya, gabungan itu juga sebenarnya ada aspek kegagalannya yang cukup memalukan.


Di ketika hanya calon Bebas dan Muda yang diheboh-hebohkan paling ramai hilang wang deposit, calon PN juga pada hakikatnya tidak kurang gagalnya.


Hal ini berikutan seramai 18 calon PN didapati telah hilang wang deposit, menjadikannya berada di tangga ketiga di belakang Muda (19 calon) dan Bebas (39 calon).


Di tangga keempat paling ramai hilang deposit ialah PRM (13), PSM (4), PFP (2) dan PUR (1).


Seseorang calon itu akan hilang wang deposit jika jumlah undi diperolehinya kurang 1/8 atau 12.5 peratus daripada keseluruhan jumlah undi yang dikira.


Calon PN paling ramai hilang deposit adalah di Pulau Pinang iaitu di Sungai Puyu (9.5 peratus undi), Berapit (5.6 peratus undi), Padang Lalang (11.3 peratus undi), Perai (11.1 peratus undi), Air Putih (10.2 peratus undi), Kebun Bunga (7.5 peratus undi), Padang Kota (12.2 peratus undi), Pengkalan Kota (5.4 peratus undi), Batu Lancang (7.9 peratus undi) dan Paya Terubong (8.4 peratus undi).


Kemudian diikuti dengan Selangor iaitu di Seri Kembangan (7.9 peratus undi), Subang Jaya (12.3 peratus undi), Bukit Gasing (9.9 peratus undi), Kampung Tunku (9.1 peratus undi), Bandar Utama (9.4 peratus undi) dan Pandamaran (12.4 peratus undi).



Seterusnya diikuti di Negeri Sembilan iaitu di Lobak (5.6 peratus undi) dan Mambau (10.9 peratus undi).


Bermakna, sementara PN menang dengan cemerlang di Terengganu, Kelantan dan Kedah tetapi mereka bukan sahaja kalah di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, bahkan mencatat rekod buruk hilang wang deposit yang agak besar bilangannya.


Berbeza dengan PH dan BN, walaupun gabungan itu tidak berjaya menawan Terengganu, Kelantan dan Kedah, namun tiada calon daripada kedua-dua gabungan itu yang tewas sehingga hilang wang deposit mereka.


Secara keseluruhan, dengan berakhirnya PRN enam negeri Sabtu lalu, Kerajaan Perpaduan kini menguasai 10 negeri termasuk Wilayah Persekutuan, manakala PN berkuasa di empat negeri.


Daripada segi jumlah ADUN pula, Kerajaan Perpaduan memiliki seramai 392 Adun di seluruh negara berbanding PN seramai 208 ADUN.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page