top of page

Faizal Azumu guna 'kabel' selamatkan Perak FC?


Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu diingatkan agar tidak menggunakan 'kabel' atau kedudukannya dalam isu-isu yang tidak berkaitan dengan kementerian.


Menurut Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Aizuddin Ariffin, Faizal perlu menunjukkan sikap profesional di tengah-tengah dakwaan beliau cuba mempengaruhi keputusan mengekalkan Pasukan Perak FC berada di Liga Super pada saingan musim hadapan.


"Kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau baru-baru ini bukan sahaja tidak bertanggungjawab malah lebih teruk sebenarnya telah mencalarkan imej pasukan Perak FC yang mempunyai maruah dan daya saing yang tinggi.


"Walaupun dalam kenyataan itu beliau menyatakan terdapat 16 pasukan dalam sesebuah liga mengikut cadangan FIFA, namun ketika itu pasukan Perak FC di ambang penyingkiran ke Liga Perdana pada musim depan.


"Sikap yang ditunjukkan oleh Menteri Belia dan Sukan ini langsung tidak profesional dan boleh merosakkan kredibiliti bola sepak negara.

"Cara sebegini perlu ditolak oleh seluruh rakyat Malaysia yang cintakan sukan bola sepak tanah air. Itu sebab, penyokong bola sepak sudah naik muak dengan sikap orang-orang politik," kata Aizuddin dalam kenyataan hari ini


Beliau menasihatkan agar Faizal tidak mengulangi kontroversi yang ditimbulkan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan sebelum ini yang pernah menggunakan kedudukannya dalam kerajaan untuk meraih sokongan dalam pemilihan sayap parti Bersatu.


"Saya mula berasa bimbang dengan kaedah perlaksanaan menteri-menteri kerajaan dalam mengurus tadbir negara. Gaya pentadbiran sebegini bukan perkara baru.


"Saya menasihati agar menteri-menteri yang dilantik supaya mengamalkan ketelusan dan jujur dalam pentadbiran mereka," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page