top of page

Pemimpin Bersatu Faiz Na'man biadap, hina Raja-Raja Melayu

  • Writer: Omar Zin
    Omar Zin
  • Jun 18, 2021
  • 1 min read

Ketua AMK Kota Tinggi, Fakharuddin Moslim mengecam kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Pimpinan Bersatu, Dr Muhammad Faiz Na’man yang menggelarkan mereka yang mendesak pembukaan semula sidang parlimen sebagai binatang politik.


Beliau menganggap ia satu respon yang agak jelik, keterlaluan dan biadap meskipun Yang Dipertuan Agung melalui mesyuarat khas Majlis Raja-Raja Melayu mengarahkan agar sidang Parlimen dibuka segera bagi membincangkan isu-isu rakyat yang terhimpit ekoran penularan wabak Covid-19 dan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.


"AMK Kota Tinggi mengambil serius sikap Muhammad Faiz Na’man yang seolah-olah menghina keputusan mesyuarat khas yang dicapai oleh Majlis Raja-Raja Melayu, dan seolah-olah menyamakan Majlis Raja-Raja Melayu sebagai binatang politik.


"Kita harus menjunjung tinggi adab dan norma sebagai masyarakat Malaysia yang bertamadun yang berpegang pada konsep menghormati Raja-Raja Melayu sebagai payung negara.


"Oleh itu, selain menuntut agar sidang Parlimen dibuka seperti saranan melalui mesyuarat khas Majlis Raja-Raja Melayu, AMK Kota Tinggi turut mendesak Muhammad Faiz memohon maaf dan akui kesilapan.


"Kami juga mendesak agar satu siasatan terhadap Muhammad Faiz Na’man dilakukan bagi menghalang usaha biadap mana-mana pihak mencemarkan kemulian Majlis Raja-Raja Melayu pada masa hadapan," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page