top of page

Faiz Fadzil bidas tindakan pembangkang tubuh SG-4

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 21, 2023
  • 1 min read


Tindakan Perikatan Nasional (PN) mewujudkan State-Government 4 (SG4) melibatkan empat negeri di bawah pentadbiran mereka membuktikan sikap anti-federalisme dan tidak memahami struktur asas pentadbiran negara yang digagaskan Perlembagaan Persekutuan


Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Negara (Amanah), Faiz Fadzil berkata tindakan pembangkang mengasingkan Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah daripada Kerajaan Perpaduan adalah suatu yang mengelirukan dan tidak bertanggungjawab, selain memberikan gambaran kepada pelabur bahawa politik nasional masih goyah.


Faiz turut mendakwa tindakan dilakukan itu menunjukkan PN hanya menggunakan Islam pada slogan, tetapi mengamalkan politik kebencian seperti mana masyarakat jahiliah.


"Kerajaan Perpaduan bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memperjuangkan nilai penyatuan tidak kira agenda kepartian walaupun individu seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Hadi Awang terus menyemai kebencian terhadap pentadbirannya.


"Pentadbiran Anwar juga tidak pernah meminggirkan mana-mana negeri pentadbiran PN, di mana agensi kerajaan Persekutuan masih berusaha membawa masuk pelaburan bernilai tinggi ke negeri pembangkang.


"Contohnya, pertengahan pertama 2023, Kerajaan Perpaduan telah membawa masuk pelaburan diluluskan RM14.6 bilion ke Kedah iaitu 11 peratus daripada jumlah keseluruhan pelaburan yang diterima oleh negara ini," katanya dalam satu kenyataan


Beliau sementara itu menegaskan, keempat-empat negeri itu dikenali sebagai negeri paling miskin dan mundur di Semenanjung Malaysia.


Justeru jelasnya, negeri berkenaan memerlukan koordinasi yang lebih baik dengan Kerajaan Persekutuan supaya pelan pembangunan dan peruntukan dapat dilaksanakan lebih cemerlang untuk memastikan pertumbuhan ekonominya tidak terabai.


"PN seharusnya fokus kepada urusan pentadbiran, bukannya politiking yang memanjang. Jangan jadikan rakyat sebagai mangsa politik bercelaru PN," katanya sambil menegaskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 telah membuktikan kerajaan hari ini tidak mendiskriminasi mana-mana negeri.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page