top of page

Fahmi ziarah petugas media terlibat kemalangan



Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil pada Isnin menziarahi seorang pengamal media yang sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) susulan terlibat kemalangan pulang daripada tempat kerja.


Pada kunjungan itu, Fahmi meluangkan hampir 30 minit menyantuni ahli keluarga Mohd Saifuddin Mohd Nazari sebelum menyampaikan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA, bagi meringankan beban mereka.

"Saya harap isteri dan bapa Mohd Saifuddin dapat bertabah, dan Insya-Allah kita akan terus usaha untuk bantu," katanya dipetik laporan media.


Mohd Saifuddin merupakan Eksekutif Juruteknik Penyiaran Bernama TV, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).


Difahamkan beliau dimasukkan ke hospital pada hari Jumaat lepas setelah terlibat dalam kemalangan dipercayai dilanggar pemandu mabuk selepas pulang daripada tempat kerja selepas selesai syif pukul 1 pagi pada 5 Jan lepas.

Tabung Kasih@HAWANA yang diwujudkan sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023, merupakan inisiatif kementerian yang bertujuan menyantuni pengamal media, bekas petugas media dan wartawan veteran yang memerlukan bantuan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page