top of page

Fahmi Zainol dan rakan rakan tekad tawan pengundi muda



Persaingan di peringkat Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia dilihat lebih sederhana dengan 2 paksi berentap.


Kedua dua paksi tersebut pagi tadi mengisi borang pencalonan di ibu pejabat KEADILAN, di Petaling Jaya.


Menurut calon Ketua AMK, Fahmi Zainol, beliau dan para barisan kepimpinannya akan memberi pilihan luas mewakili kepelbagaian kaum kepada anggota sayap pemuda parti itu dalam pemilihan ini.


"Saya Fahmi Zainol dari Cabang Permatang Pauh, hari ini dengan kawan kawan untuk pencalonan AMK Malaysia.


"Saya sebagai calon Ketua AMK Malaysia. Calon timbalan adalah YB Chua Wei Kiat merangkap ADUN Rawang yang juga mantan Ketua AMK Selangor. Naib kita adalah Mohd Izuan Kassim dari Shah Alam. Juga Prasath dari Melaka sebagai naib ketua. Kami sebagai satu pasukan akan bergerak memenangi undi AMK, kawan kawan di seluruh Malaysia


"Kami agak unik kerana merangkumi semua pihak. Kita ada wakil dari kaum Cina, India, kita juga ada wakil dari wanita muda.


"Macam sesi lepas kita umum exco kita, ada dari Sabah dan Sarawak, merangkumi semua kaum dan golongan," katanya.


Tambah Fahmi, pasukan beliau sekiranya menang dalam pemilihan itu akan memfokuskan untuk merebut undi anak muda dalam Pilihan Raya Umum ke 15.


"Tiga dasar utama saya gariskan ialah pertama memenangi golongan Undi 18 dan undi pertama kali. Itu fokus pasukan kami. Kedua meningkatkan peratusan calon, khusus orang muda dalam AMK bagi menghadpai PRU 15. Ketiga mempertingkatkan keupayaan atau kekuatan AMK dengan beberapa perancangan.


"Itu kita tawarkan kepada kawan kawan di seluruh Malaysia," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page