Fahmi yakin tidak berlaku perpecahan dalam KEADILAN
- Suara Keadilan

- May 23
- 1 min read

Kongres Nasional KEADILAN 2025 yang dijadualkan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di Johor Bahru hari ini dijangka berlangsung tenang tanpa sebarang insiden tidak diingini.
Ketua Penerangan, Datuk Fahmi Fadzil menyatakan rasa optimis itu berdasarkan pemilihan di peringkat cabang di seluruh negara bulan lalu, yang berlangsung tanpa sebarang kekecohan.
"Jika mengikuti pemilihan peringkat cabang, tak berlaku apa-apa insiden yang tidak diingini hingga berlaku kerosakan harta benda. Jadi, kita jangka di sini juga sama," katanya dipetik.
Beliau berkata begitu pada sesi taklimat kepada media mengenai proses perjalanan Kongres Nasional dan pemilihan peringkat pusat dihadiri Setiausaha Agung Dr Fuziah Salleh dan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.
Sementara itu beliau turut menyatakan keyakinan bahawa tidak akan berlaku sebarang perpecahan di dalam parti pasca pemilihan peringkat pusat parti.
"Saya percaya selepas pemilihan ini dalam tempoh sebulan dua, pimpinan akan turun ke cabang-cabang negeri untuk rapatkan saf, eratkan semula silaturahim," tambahnya.
Untuk rekod, proses pengundian membabitkan pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) dan Majlis Pimpinan Wanita bermula jam 8 pagi hingga jam 5 petang hari ini.









Comments