top of page

Fahmi yakin Malaysia mampu jadi 'harimau' digital Asia

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 26, 2023
  • 1 min read


Malaysia berpotensi menjadi 'harimau' digital Asia sekiranya negara dapat mencapai kejayaan dalam tiga aspek utama berkaitan infrastruktur dan ekonomi digital.


Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, perkara pertama dalam tiga aspek tersebut ialah menyelesaikan tiga peratus terakhir kawasan berpenduduk yang tiada jaringan liputan.


"Keduanya adalah menjamin atau meningkatkan tahap keselamatan siber dan penjagaan data peribadi manakala yang ketiga meningkatkan jumlah pelaburan dan mengembangkan ekonomi digital.


"Sekiranya tiga perkara ini (dapat dicapai) dengan kerjasama pelbagai agensi dan pelbagai pihak di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), saya percaya limpahan daripada usaha ini dapat dinikmati rakyat dan kejayaan itulah akhirnya nanti boleh menggambarkan Malaysia sebagai harimau digital Asia," katanya dipetik.


Fahmi berkata begitu kepada pemberita selepas melancarkan kempen #JagaDataKita dan MyCyberShield oleh TNG Digital Sdn Bhd dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) di Kuala Lumpur.


Melalui kempen tersebut, TNG Digital berharap lebih ramai rakyat Malaysia meningkatkan kesedaran mereka terhadap kes jenayah siber serta aktiviti dalam talian yang membimbangkan.


Sementara itu ketika menyentuh mengenai pelaburan terutama dari syarikat pemproses data, Fahmi berkata ia bukan hanya memberi impak positif kepada ekonomi digital.


Malah kemasukan pelaburan tersebut turut memberi kesan kepada ekonomi setempat, tenaga kerja, dan ekonomi negara.


"Hari ini banyak syarikat mula pertimbang untuk mengembangkan operasi di Malaysia termasuk menambah jumlah pekerja.


"Ini sangat positif bukan hanya untuk ekosistem ekonomi digital Malaysia, tapi akhirnya nanti secara tidak langsung menjadikan Malaysia sebagai tapak atau pun hub bagi syarikat-syarikat ini berkembang di rantau Asia Tenggara atau luas daripada itu," katanya selepas melancarkan kempen #JagaDataKita dan langganan perlindungan data peribadi Touch 'n Go eWallet MyCyberShield semalam.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page