top of page

Fahmi tinjau potensi kembang teknologi 5G untuk PMKS di MWC 2024



Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mahu menjadikan Mobile World Congress Barcelona 2024 (MWC 2024) sebagai platform mempertingkat kadar penggunaan teknologi 5G di kalangan sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).


Dipetik laporan media, Fahmi berkata, forum seperti MWC ini akan menyajikan pelbagai teknologi dan peralatan baharu yang mampu membantu usaha pelaksanaan 5G dalam negara sekiranya boleh disesuai manfaatkan dengan keadaan di Malaysia.


"Kita maklum yang dalam era pendigitalan banyak teknologi baharu yang sedang dirangka tetapi belum dilaksanakan lagi, jadi melalui forum seperti MWC ini kita akan dapat saksikan beberapa teknologi baharu dan peralatan baharu tetapi perlu kita sesuaikan dengan kerangka kawal selia di Malaysia melalui MCMC dan juga tahap penerima penggunaan.


"Kita akan lihat bagaimana kita boleh bekerjasama sekali dengan Digital Nasional Berhad (DNB) untuk tingkatkan lagi penggunaan 5G dalam kalangan PMKS," katanya.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai di Barcelona bagi mengetuai delegasi Malaysia ke MWC 2024.


Hari ini beliau dijadual menyampaikan ucaptama bagi merasmikan Pavilion Malaysia di kongres itu.


Selain syarikat telekomunikasi, Pavilion Malaysia yang diketuai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) juga akan mempamerkan reruai daripada agensi kerajaan seperti Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan CyberSecurity Malaysia.


Semalam, Fahmi dilapor mengadakan pertemuan dengan syarikat telekomunikasi Ericsson dan ZTE dan berbincang berkenaan model-model perniagaan baharu, yang membantu syarikat PMKS untuk memiliki dan menggunakan teknologi 5G dan seterusnya


"Kita telah adakan pertemuan dengan Ericsson, ZTE dan dalam hari-hari akan datang kita akan saksikan (pemeteraian) perjanjian persefahaman (MoU) antara syarikat telekomunikasi dengan penyedia peralatan telekomunikasi," tambahnya.


MWC 2024 merupakan perhimpunan tahunan terbesar industri telekomunikasi anjuran badan antarabangsa Groupe Speciale Mobile Association (GSMA), dengan Barcelona dipilih sebagai tuan rumah penganjuran kongres yang bakal mengumpulkan lebih 100,000 pemain industri telekomunikasi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page