top of page

Fahmi terima gelaran Dato' Paduka Mahkota Selangor

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 11, 2025
  • 1 min read

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil (gambar) hari ini menerima Darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota Selangor (DPMS) yang membawa gelaran Dato', satu pengiktirafan yang dilihat mencerminkan peranan beliau dalam memacu agenda komunikasi negara serta memperkukuh penyampaian maklumat kerajaan.


Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia itu merupakan salah seorang daripada 98 individu yang dikurniakan darjah dan bintang kebesaran sempena Hari Keputeraan ke-80 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, dalam istiadat yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah.


Pengiktirafan sama turut diterima Exco Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna Selangor, Datuk Rizam Ismail, mewakili 16 penerima keseluruhan bagi darjah DPMS tahun ini.


Istiadat pengurniaan itu didahului oleh anakanda Sultan Selangor, Tengku Zerafina, yang mengetuai senarai penerima darjah dan bintang kebesaran sempena ulang tahun keputeraan baginda.


Majlis penuh adat itu menyaksikan keberangkatan Sultan Sharafuddin bagi menyempurnakan pengurniaan darjah sebagai simbol penghargaan negeri terhadap sumbangan serta khidmat para penerima dalam bidang masing-masing.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page