top of page

Fahmi sedia jumpa Ambiga jelaskan dasar utama Kerajaan Madani



Oleh: Abdullah Zaid


Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil bersedia untuk memberi penjelasan dasar yang telah dilancarkan Kerajaan Perpaduan kepada Bekas pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih), Ambiga Sreenevasan.


Hal itu ekoran kenyataan tokoh aktivis berkenaan yang kecewa kononnya pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya memfokuskan isu memerangi rasuah seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia.


Menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak tepat, Fahmi berkata bahawa beliau bersedia untuk memberi penjelasan kepada bekas presiden Majlis Peguam Malaysia itu.


"Mungkin beliau sedikit culas tetapi terbukti bahawa kita akan memberi fokus (kepada) ekonomi sebagai keutamaan," katanya kepada media selepas merasmikan Memorandum Perjanjian (MoA) antara CelcomDigi, Softbank dan SC-Nex di Putrajaya, hari ini.


Jelas Fahmi, kerajaan pada ketika ini giat melaksanakan empat dasar utama antaranya Ekonomi Madani, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Dasar Kenaikan Gaji Awam serta Dasar Gaji Progresif sebagai ikhtiar kerajaan dalam membela nasib rakyat selain memerangi rasuah.


"Bagi saya mungkin beliau terlepas pandang di mana lima dasar itu cukup besar dan game changer (kepada negara kita).


"Oleh itu, saya saran beliau untuk merujuk semula kelima-lima dasar ini kerana ia membuktikan bahawa kerajaan ini mempunyai visi yang cukup jauh bukan hanya membasmi rasuah tetapi dasar (mempunyai) yang menyeluruh," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page