top of page

Fahmi sedia beri kerjasama kepada JAIS



Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil sedia memberi kerjasama penuh kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sekiranya diperlukan.


Kesediaan itu dinyatakan Fahmi susulan fitnah dilemparkan kononnya beliau berkempen politik di masjid.


"InshaAllah sekiranya dipanggil, saya sedia untuk tampil," katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada program Hari Sektor Awam Malaysia malam tadi.

Sebelum ini, tular di media sosial beberapa keping gambar Fahmi dengan dakwaan beliau berucap mengenai isu politik di ruang solat utama Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang.


Kesal dengan fitnah dilemparkan terutama menjelang Pilihan Raya Negeri di 6 negeri yang akan diadakan, Fahmi yang juga Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan itu sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan saman terhadap penyebar fitnah.


Mengenai gambar yang tular itu Fahmi menjelaskan, beliau telah memberi penjelasan di laman sosial Facebook dan Twitter bahawa beliau dijemput oleh ahli jawatankuasa masjid berkenaan untuk menjelaskan mengenai punca pengharaman kumpulan muzik The 1975 dan pembatalan konsert Good Vibes Festival.


"Tiada langsung sentuh isu lain," katanya dalam hantaran berkenaan.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page