top of page

Fahmi santuni bekas editor RTM, mungkin wujudkan skim khas pengamal media

Updated: Jan 5



Oleh: Abdullah Zaid


Bekas editor RTM, Sahbudin Abdullah menerima sumbangan Tabung Kasih @Hawana bagi membantu meringankan beban beliau yang kini menghidap penyakit jantung dan kencing manis.


Pengamal media veteran berumur 73 tahun itu menerima sumbangan berkenaan yang disampaikan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil ketika lawatan di kediamannya di Cheras pagi tadi.


"Beliau merupakan seoranng editor RTM telah berkhidmat dalam 27 tahun dan ketika ini beliau mengalami masalah kesihatan.


"Justeru fokus kita ialah membantu bekas pekerja media melalui tabung Kasih HAWANA," kata Fahmi kepada media.


Untuk rekod, Sahbudin pernah berkhidmat di Utusan Malaysia sejak 1980 sehingga 1990 dan menjadi koresponden di Jakarta pada tiga tahun terakhir perkhidmatannya.


Selain beliau, seramai 28 rakan media lain turut menerima manfaat tabung berkenaan sejak inisiatif itu diperkenalkan April tahun lepas.


Dalam pada itu, Fahmi turut menyentuh cadangan skim khas untuk pemberita sambilan (stringer) dan pekerja sementara (piecemeal).


Katanya, setakat ini kementerian telah mengadakan perbincangan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.


"Ia bagi memastikan golongan ini juga mendapat aspek perlindungan sosial termasuk pencen ilat, saya serahkan pada pasukan untuk teruskan perbincangan," ujarnya.


Terdahulu, Tabung Kasih@HAWANA yang diwujudkan sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023, bertujuan menyantuni pengamal media, bekas petugas media dan wartawan veteran yang memerlukan bantuan.


Inisiatif di bawah Kementerian Komunikasi turut melibatkan media penyiaran kerajaan, Bernama sebagai usaha berterusan membantu komuniti media yang berdepan dengan kesukaran dan cabaran hidup.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page