top of page

Fahmi sampaikan ucapan takziah buat keluarga Hamdan Senario

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 6, 2024
  • 1 min read


Oleh: Azuan Ab Rahman


Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyampaikan ucapan takziah buat keluarga anggota kumpulan Senario, Hamdan Ramli.


Ia susulan berita pemergian Hamdan atau nama sebenar Ahmad Hamdan Mohamed Ramli di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor tengah hari semalam.


"Innalillahi wa inna ilaihi raji'un. Kita semua membesar dengan lawak kumpulan Senario. Hari ini kita terima khabar yang sangat duka.


"Salam takziah buat keluarga Allahyarham Hamdan Ramli, pelakon dan pelawak, yang telah meninggal dunia sebentar tadi," kata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu dalam satu kenyataan di laman Facebooknya.


Melalui hantaran itu Fahmi turut mendoakan semoga keluarga Allahyarham tabah dengan pemergian itu.


Hamdan, 54, sebelum ini ditidurkan di unit rawatan rapi (ICU), HSA, sejak Ahad lalu kerana jangkitan kuman selepas mengalami cirit birit dan sesak nafas.


Pada hari sama, beliau sepatutnya menjayakan persembahan Wonderful Night with Senariounion di sebuah hotel di Johor Bahru bersempena ulang tahun ke-27 Senario.

Allahyarham meninggalkan isteri Norhamalini Ahmed, 53, serta empat orang anak Muhamad Zeyreen Misha, 31, Muhamad Nazreen Aiman, 28, Muhamad Syazreen Haqem, 25, dan Nur Natasya Umairah, 21.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page