top of page

Fahmi Reza dilarang keluar negara: Siasat kecuaian laksana prosedur - AMK

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 9
  • 2 min read

Oleh: Akmal Manaf


Kerajaan MADANI kekal komited menjunjung kebebasan asasi rakyat selagi mana tidak mengancam keselamatan negara atau melanggar undang-undang sedia ada.


Itu keyakinan disuarakan Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Chiew Choon Man apabila Kerajaan MADANI sekali lagi menjadi 'sasaran' kecaman apabila aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza memaklumkan dirinya dilarang keluar negara untuk menghadiri konsert di Singapura menerusi penerbangan dijadualkan berlepas pada jam 9.35 pagi, 7 Jun lalu.


Choon Man menyifatkan, prinsip tersebut merupakan tiang seri kepada demokrasi yang matang dan sistem negara yang berteraskan keluhuran Perlembagaan.


"Namun begitu, merujuk kepada penjelasan Ketua Polis Negara bahawa larangan ke luar negara terhadap Fahmi pada 7 Jun lalu berpunca daripada 'kekeliruan semasa proses semakan', saya memandang insiden itu sebagai perkara yang amat serius dan tidak boleh dianggap remeh.


"PDRM menjelaskan bahawa nama saudara Fahmi hanya tersenarai dalam sistem pemantauan dalaman, bukan sebagai subjek sekatan rasmi, tetapi realitinya, beliau tetap telah disekat secara fizikal daripada ke luar negara.


"Ini jelas menunjukkan berlakunya kecuaian dan ketidakaturan serius dalam pelaksanaan prosedur.


"Insiden sebegini memberi kesan langsung kepada hak kebebasan individu, dan merupakan pencabulan terhadap kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan," kata beliau menerusi satu kenyataan.


Menurut Choon Man yang juga Ahli Parlimen Miri, sebagai wakil rakyat, beliau akan terus bersuara untuk mempertahankan hak asasi semua rakyat tanpa mengira latar belakang atau pegangan politik.


Katanya, komitmen itu agar kebebasan rakyat sentiasa dilindungi dalam kerangka demokrasi yang adil dan berfungsi.


"Saya berpandangan bahawa insiden seperti itu mungkin melibatkan pelanggaran kuasa (ultra vires), dan oleh itu satu siasatan menyeluruh perlu dilakukan, termasuk kemungkinan wujudnya unsur sabotaj atau penyalahgunaan kuasa.


"Kita menghormati peranan institusi penguatkuasaan, namun kepercayaan rakyat hanya dapat dipelihara jika institusi ini terus mengamalkan ketelusan, akauntabiliti dan ketersediaan untuk memperbaiki kelemahan prosedur sedia ada.


"Saya menghargai kesediaan dan keterbukaan Ketua Polis Negara untuk menyiasat insiden ini secara serius, serta mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi memperkemas prosedur sedia ada.


"Saya turut mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan mekanisme pampasan wajar kepada individu yang menjadi mangsa kecuaian prosedur, sebagai langkah menghormati hak mereka yang telah dinafikan secara tidak sah," katanya lagi.


Pada 7 Jun lalu, Fahmi dilaporkan berkata, dirinya tidak dibenarkan keluar negara atas arahan Bukit Aman dan perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).


Fahmi turut memaklumkan larangan ke luar negara itu dikenakan ke atasnya, seminggu selepas dilarang masuk ke Sabah susulan lukisan mengkritik Yang di-Pertua Sabah, Tun Musa Aman.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page