top of page

Fahmi pertahan permintaan data MPD, tidak libat maklumat peribadi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 9
  • 1 min read

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menegaskan bahawa permintaan data panggilan telefon bimbit (Mobile Positioning Data – MPD) oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tidak melibatkan sebarang maklumat peribadi pengguna.


Menurut beliau, data yang diminta daripada pengendali rangkaian mudah alih (MNO) telah dianonimkan dan hanya digunakan untuk tujuan penyediaan statistik rasmi oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).


"Data ini tidak mengandungi identiti atau sebarang maklumat yang boleh digunakan untuk mengenal pasti mana-mana individu.


"Ia bertujuan mengenal pasti trend supaya maklumat yang lebih terperinci dapat kita kumpulkan mengenai mutu, tahap penglibatan, jumlah pengguna yang ada pada satu-satu mukim, satu-satu daerah," katanya dipetik.


Fahmi berkata begitu kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Korban Perdana Perpaduan UMNO Bahagian Lembah Pantai pada Ahad.


Beliau sementara itu menjelaskan, melalui data yang dapat dikumpulkan, lebih banyak perancangan, dasar dapat berasaskan bukti, evidence-based policy making dan membawa satu kebaikan kepada rakyat.


"Pendekatan baharu yang lebih terperinci, akan membolehkan kerajaan menilai keperluan sebenar rakyat dan merapatkan jurang digital secara lebih efektif," tambahnya.

MCMC sebelum ini memberi jaminan data yang diminta tidak melibatkan akses, pemprosesan atau pendedahan sebarang maklumat yang boleh dikenal pasti secara peribadi.


Syarikat-syarikat telekomunikasi utama juga menyatakan komitmen mereka untuk melindungi privasi dan data pelanggan, sejajar dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page