top of page

Fahmi lancar P-Hailing Rahmah, pelan internet serendah RM33



Oleh: Abdullah Zaid


Lebih 200,000 pekerja p-hailing seluruh negara bakal menikmati Pakej P-Hailing Rahmah yang dilancarkan Kementerian Komunikasi.


Menterinya, Fahmi Fadzil berkata golongan penghantaran penumpang, makanan dan bungkusan akan menikmati perkhidmatan internet serendah RM33 dengan pelan data sekurang-kurangnya 40GB.


Menurutnya, setiap pakej adalah unik dan berbeza mengikut persetujuan pihak telco yang dipilih oleh penyedia platform masing-masing.


Oleh itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menzahirkan penghargaan kepada syarikat perkhidmatan telekomunikasi antaranya CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM (Unifi Mobile) dan YTL Communications (Yes) atas kerjasama pakej Rahmah tersebut.


"Selain itu, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kerjasama luar biasa syarikat penyedia platform p-hailing FoodPanda, Grab, Bungkusit, Halo Delivery, iHantar, Lalamove, MatDespatch, Parcel365, RideRunner, Shopee, Fasz Food, Lazada Logistics, Belibeli, iGoGet, GoGet dan GoLog kerana telah mengambil bahagian dalam penawaran pakej P-Hailing RAHMAH," katanya dalam kenyataan.


Mengulas lanjut mengenai pakej baharu yang dilancarkan Fahmi berkata, sesuatu yang amat menggembirakan apabila penyediaan pakej telco disesuaikan secara khusus untuk memenuhi keperluan penunggang dan pemandu p-hailing.


"Pakej P-Hailing Rahmah ini sudah pasti akan meningkatkan keterhubungan digital penunggang p-hailing dan membolehkan mereka mengakses maklumat yang mereka perlukan semasa melaksanakan tugas.


"Ia juga langkah penting untuk merancakkan industri ini pada masa hadapan selain memastikan kecekapan dan meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan yang diberikan.


"Apa yang lebih penting lagi, inisiatif ini bakal membuka pintu rezeki dan peluang untuk memperkasakan p-hailing," katanya lagi.


Dalam pada itu, beliau berharap agar pemain industri yang lain turut sama mengambil peluang daripada kerjasama ini dan meneroka perkongsian serupa yang boleh memanfaatkan bukan sahaja kepada pemain industri, bahkan dalam meningkatkan ekonomi negara melalui aktiviti ekonomi digital.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page