top of page

Fahmi hantar notis tuntutan terhadap Papagomo



Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dilapor telah menghantar notis tuntutan kepada blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai 'Papagomo' berhubung fitnah.


Ia susulan tindakan blogger politik itu memfitnah kononnya Fahmi memberikan ceramah politik di dalam sebuah masjid di Rawang, Selangor, pada 30 Julai lalu.


"Melalui notis tuntutan tersebut, Fahmi, yang juga Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), menuntut antara lainnya, penarikan balik kenyataan fitnah itu dan permohonan maaf secara terbuka," kata Peguam Asheeq Ali Sethi Alivi menerusi kenyataan.


Peguam itu berkata, kenyataan fitnah yang telah dikeluarkan individu tersebut melalui akaun Facebook dan TikTok adalah berniat jahat untuk menjatuhkan nama baik Menteri.


Blogger itu jelasnya cuba memberi gambaran kepada umum kononnya Fahmi seolah-olah menderhaka kepada arahan yang dikeluarkan oleh Sultan Selangor yang melarang ceramah politik disampaikan di masjid selain innuendo bahawa Menteri telah menyalahgunakan kuasa beliau.

Sebagai rekod, Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan sebelum ini mengesahkan tidak ada sebarang unsur kempen politik dalam ucapan Fahmi yang dilaporkan berlaku di ruang solat utama Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Seri Kundang, Kuang.


Katanya, ia berikutan hasil penelitian terhadap rakaman video berdurasi 12 minit yang mengandungi ucapan Fahmi di masjid itu, di mana tempoh 12 minit ucapan daripada Menteri itu adalah berhubung penerangan berkaitan isu kumpulan muzik ‘The 1975’.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page