top of page

Fahmi Fadzil dilantik jurucakap rasmi kerajaan



Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Ahmad Fahmi Fadzil dilantik sebagai jurucakap rasmi Kerajaan Perpaduan untuk berhadapan pihak media.


Mengesahkan pelantikan tersebut kepada media semalam, Fahmi berkata, dalam mesyuarat Kabinet dua minggu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengeluarkan arahan supaya beliau dan KKD bertindak sebagai wakil atau jurucakap bagi pihak kerajaan.


Katanya, sidang media selepas mesyuarat Kabinet setiap Rabu akan dikendalikan beliau sekiranya Perdana Menteri tidak dapat hadir.


"Mana-mana minggu, sebagai contohnya Perdana Menteri tidak dapat anjurkan sidang media mingguan, maka saya dan KKD akan usahakan," katanya dipetik.


Menurut Fahmi antara peranan jurucakap kerajaan sebagai tempat rujukan pihak media untuk mendapatkan kepastian terhadap isu-isu yang perlu mendapatkan pengesahan.


Selain itu, kata beliau, KKD juga akan berbincang dengan badan penyiaran bagi menyediakan maklumat terperinci dan menyeluruh tentang aktiviti kerajaan yang perlu disiarkan dalam slot berita.


"Pelbagai maklumat yang disampaikan oleh kementerian dan agensi namun tiada penegasan kepada kepada pencapaian dan kejayaan yang dilakukan," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page