top of page

Fahmi Fadzil bertemu speaker, minta perluas liputan sidang Parlimen


Speaker Dewan Rakyat digesa beri kebenaran media buat liputan sidang Parlimen


Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun digesa supaya memperluaskan lagi liputan media untuk sidang Parlimen kali ini, kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil.


Perkara itu dicadangkan ketika Fahmi membuat pertemuan dengan speaker di Parlimen semalam.


Fahmi berkata, pertemuan itu dibuat setelah beliau menghantar sepucuk surat berkenaan isu kehadiran hanya wartawan dan petugas dari 15 media di Parlimen.


"Saya berpandangan amatlah penting lebih banyak media dibenarkan hadir membuat liputan di Parlimen.


"Walaubagaimanapun, pihak Parlimen menetapkan jumlah tersebut berdasarkan ruang petugas media yang mampu menempatkan lebih kurang dari 70 orang sahaja berdasarkan SOP KKM dan MKN sedia ada," katanya menerusi akaun Facebook miliknya.


Justeru, Fahmi mencadangkan kepada speaker menyediakan siaran langsung sidang Parlimen di semua platform atas talian.


"Saya telah mencadangkan agar pihak Parlimen membantu menyiar secara langsung sidang-sidang media Ahli-Ahli Parlimen yang sering berlangsung di Bilik Media Parlimen, sama ada melalui FB Live atau sebarang aplikasi lain, agar media yang tidak dapat hadir masih boleh membuat liputan isu-isu yang dibangkitkan Ahli-Ahli Parlimen.


"Datuk Speaker berkata beliau akan pertimbang dan perkara tersebut sebenarnya tidak terlalu sukar untuk dilaksana.


"Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Datuk Speaker kerana sudi mendengar pandangan, dan berharap agar cadangan ini dapat dilaksana demi membantu tugas media sebagai salah satu tiang seri demokrasi negara kita," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page