top of page

Fahami Selera Anak Muda Era Kerajaan Perpaduan

Updated: Apr 29, 2023



Oleh: Ahmad Nadhir Yob


ULASAN: Sejarah telah mencatat bahawa golongan muda dan belia adalah antara tonggak dan pendokong utama kepada suatu gerakan perubahan.


Gerakan reformasi yang tercetus pada 1998 juga didokong oleh golongan muda dan menyaksikan pelbagai episod jatuh bangun pengkhianatan dan juga kejayaan sepanjang tempoh 24 tahun yang menyaksikan akhirnya Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat sebagai Perdana Menteri ke 10


Namun begitu jika kita mengamati situasi terkini di era Kerajaan Perpaduan, anak muda seolah olah terperangkap di dalam lompong idealogi dan aktivisme perjuangan


Ini boleh dilihat dengan kekuatan aktivisme anak muda yang mula kelihatan agak suram dalam terus mendokong gerakan reformasi.


Hal ini berlaku kerana terdapat perbezaan generasi dan juga latar yang berbeza yang mencorakkan anak muda sekarang.


Generasi muda masih mendokong reformasi?


Isunya adakah generasi muda sekarang dapat terus mendokong dan menyalakan obor reformasi yang sudah lebih dua dekad mewarnai lanskap politik negara?

Ahmad Nadhir Yob

Selera anak muda generasi sekarang sudah berubah. Hal ini memerlukan satu idea baharu yang dapat menyegarkan gerakan reformasi supaya menarik minat generasi muda.


Anak muda mudah tertarik dengan sesuatu idealogi yang memenuhi tabie mereka yang bersifat memberontak dan melawan arus. Tidak dinafikan doktrin Pas yang mewajahkan parti mereka sebagai gerakan Islam dapat menarik minat golongan muda untuk menyokong.


Namun begitu fahaman palsu mereka yang berbentuk pseudo-agama itu tidak dapat difahami dengan baik oleh orang muda yang menyebabkan mereka terpengaruh dengan idealogi Pas yang pada kulitnya nampak seperti gerakan Islam namun isinya penuh dengan manipulasi dan tunggangan dalil-dalil agama dengan tujuan memenuhi nafsu politik pemimpin Pas.


Reformasi lebih segar


Gerakan reformasi di era Kerajaan Perpaduan harus dipotretkan dengan wajah yang lebih segar dan dapat menyaingi idealogi palsu Pas. Hal ini kerana idealogi palsu Pas jika terus dibiarkan subur, ia akan melahirkan generasi anak muda yang bersifat ekstrim dan pelampau agama kemudian mungkin merosakkan keharmonian negara.


Justeru itu, para pendiri gerakan reformasi mesti bekerja keras menarik golongan muda supaya pelapis kepimpinan dapat terus dilahirkan di era Kerajaan Perpaduan.


Gerakan reformasi, sejak dua dekad telah terbukti sebagai sebuah gerakan sederhana yang diterima oleh semua bangsa dan juga pelbagai latar belakang agama di Malaysia.


Konsepnya sangat berbeza dengan idealogi sempit Pas yang berteraskan perkauman sempit dan ekstrimis agama yang sangat merbahaya kepada negara.


Oleh itu, gerakan reformasi adalah satu gerakan yang mesti didokong dan diperjuangkan dan menjadi alternatif untuk melumpuhkan idealogi sempit Pas.


________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Pengerusi Biro Komunikasi dan Penerangan KEADILAN Cabang Kemaman

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page