top of page

Fahami konteks istilah 'melalak', pendakwaan berasaskan prosedur, undang undang

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • 2 hours ago
  • 2 min read

Reaksi segelintir pihak terhadap penggunaan istilah 'melalak' oleh Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai tergesa-gesa dan dibuat tanpa memahami konteks sebenar kenyataan tersebut.


Penerangan KEADILAN Cabang Kepong, Muhammad Zahid Hassan berkata, kenyataan sedemikian lebih kepada teguran terhadap sikap tergesa-gesa sesetengah pihak yang membuat tuduhan dan tekanan awam tanpa menunggu hasil siasatan yang sah dalam kes penghinaan ke atas kitab suci baru baru ini.


"Kami juga selari dengan pendirian Datuk Seri Anwar bahawa tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu atau pihak mesti melalui saluran yang betul, berdasarkan fakta dan peruntukan undang-undang, tanpa campur tangan atau tekanan luar.


"Proses keadilan tidak boleh dipercepatkan atau dipengaruhi oleh sentimen awam yang dibentuk secara tidak bertanggungjawab.

Muhammad Zahid Hassan
Muhammad Zahid Hassan

"Hakikatnya, pihak berkuasa telah menjalankan siasatan mengikut undang-undang sedia ada. Ini membuktikan komitmen kerajaan untuk menegakkan kedaulatan undang-undang secara adil dan saksama, tanpa pilih kasih," katanya dalam satu kenyataan.


Muhammad Zahid menegaskan, pihaknya menolak sebarang cubaan untuk memutarbelit kenyataan Datuk Seri Anwar demi kepentingan politik jangka pendek.


Tindakan sedemikian ujarnya, bukan sahaja mengelirukan rakyat, malah berpotensi mencetuskan ketegangan yang tidak perlu.


"Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Kamil Munim juga telah menegaskan bahawa isu yang menyentuh sensitiviti agama perlu ditangani dengan penuh kebijaksanaan dan berlandaskan prinsip negara hukum.


"Pendekatan yang bersifat emosional serta manipulasi politik hanya akan mengeruhkan keadaan dan menjejaskan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini.


"Sehubungan itu, kami menyeru semua pihak agar bertenang, menghormati proses undang-undang dan mengelakkan sebarang naratif yang boleh menggugat keharmonian serta kestabilan negara.


"Keadilan mesti ditegakkan berlandaskan undang-undang dan keharmonian mesti dipelihara dengan kebijaksanaan," kata Muhammad Zahid yang juga Penerangan AMK Kepong.


Sebelum ini, banyak pihak mempersoalkan kononnya kerajaan lambat bertindak ke atas seorang penuntut UMPSA, di Pahang yang direman bagi membantu siasatan berhubung kes menghina Islam dengan memijak al-Quran.


Hal itu mendapat reaksi PM kerana tindakan pendakwaan dan sebagainya hanya boleh dilakukan selepas siasatan selesai dan rakyat perlu menghormati prosedur siasatan dan pendakwaan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page