Fahami isu setempat tanpa sisih isu nasional - Anwar
- Redzuan Shamsudin
- Feb 23, 2022
- 1 min read

Calon calon KEADILAN dalam Pilihan Raya Negeri Johor seharusnya cakna isu setempat tetapi membawa sekali isu isu nasional.
Hal tersebut merupakan amanat Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam majlis penyerahan watikah calon petang semalam di Forest City, Johor Bahru.
"Saya gesa calon-calon untuk memahami isu setempat tanpa menyisihkan isu nasional yang memberi kesan kepada rakyat.
"Mendengar, memahami dan bertindak pada kehendak rakyat adalah antara ciri yang mesti digarap dengan baik oleh calon-calon.
"Semoga iltizam terus diperkukuh dan mara demi rakyat," katanya.
Sebanyak 20 calon KEADILAN akan melakukan misi mengambil semula mandat rakyat dari BN pada pilihan raya 12 Mac ini.
Commentaires