top of page

Fadhlina selesai masalah legasi pendidikan sebelum laporan Bank Dunia keluar

Updated: May 2



Masalah sistem pendidikan negara yang diwarisi daripada kerajaan terdahulu sebahagiannya telah diselesaikan oleh Menteri Pendidikan pada waktu ini, Fadhlina Sidek.


Menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan Selangor, Izuan Kasim, kritikan pemimpin UMNO Johor, Datuk Dr Puad Zarkashi 'ketinggalan keretapi' memandangkan beliau mendakwa Menteri 'malas' namun beliau sendiri gagal melihat perubahan yang telah dibawa oleh Fadhlina dalam setahun kebelakangan ini.


"Saya tertarik dengan kenyataan daripada Dr Puad Zarkashi, mantan Timbalan Menteri Pendidikan yang mencabar YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan untuk bermalam di rumah Panjang susulan daripada laporan terbaharu Bank Dunia bertajuk Bending Bamboo Shoots: Strenghtening Foundation Skills, yang memberi gambaran murid di Malaysia ketinggalan berbanding pelajar Vietnam.


"Pertamanya, permasalahan pendidikan sekarang ini bukannya berpunca daripada Fadhlina yang baru sahaja mengambil alih teraju kepimpinan pendidikan sejak setahun lepas.


"Permasalahan yang ada merupakan masalah legasi kepimpinan lepas, di mana Dr Puad Zarkashi turut terlibat sebagai legasi pendidikan yang menyebabkan permasalahan pada hari ini sewaktu beliau berkhidmat sebagai timbalan Menteri Pendidikan.


"Permasalahan yang dibangkitkan oleh Bank Dunia ialah murid Malaysia menghabiskan putara 12.5 tahun di sekolah tetapi pembelajaran bersamaan dengan hanya 8.9 tahun.

"Sudah sekian lama sistem pendidikan kita sedemikian rupa. Keadaannya juga seperti itu sewaktu Dr Puad Zarkashi berada di teraju kepimpinan Kementerian Pendidikan," kata Izuan dalam satu kenyataan.


Menjurut Ahli Dewan Negeri Kota Damansara itu, beberapa perubahan yang dilakukan Fadhlina pada waktu ini merupakan langkah berani yang telah pun dibuat lebih awal daripada Laporan Bank Dunia menyentuh isu berkenaan dikeluarkan.


"Fadhlina telah membawa isu pendidikan wajib di sekolah menengah dengan mewajibkan pendidikan selama 11 tahun. Perkara ini tidak dibuat oleh Dr Puad Zarkashi dan Menteri-menteri sebelumnya.


"Fadhlina juga bahkan memperluaskan perlaksanaan prasekolah bagi memastikan murid di Malaysia mempunyai lebih banyak waktu belajar berbanding sebelumnya.


"Beliau berani buat dalam masa setahun menjadi Menteri Pendidikan, tetapi tidak dilakukakan oleh Dr Puad sewaktu menjawat jawatan selama sepenggal sejak tahun 2009 sehingga 2011.


"Kenyataan dangkal Dr Puad mencabar Fadlina adalah separa masak. Beliau tidak mengetahui bahawa Fadhlina merupakan seorang Menteri wanita dan Menteri Pendidikan yang pertama pergi ke kawasan pedalaman Orang Asli di Pos Pasik untuk meninjau keadaan pembangunan sekolah daif dan menangani keciciran Orang Asli," katanya lagi.


Tegas Izuan, permasalah dalam pendidikan negara tidak boleh dilepaskan kepada Menteri yang ada sekarang untuk dibebankan.


Sebaliknya, kata beliau, masalah legasi yang diwarisi daripada pemimpin-pemimpin terdahulu perlu diselesaikan secara berperingkat, matang dan dengan kerjasama semua pihak.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page