top of page

Fadhlina salur RM105,000 kepada masjid, surau sekitar Nibong Tebal sempena Ramadan

  • 3 hours ago
  • 1 min read

Fadhlina (tengah) bersama AJK masjid dan surau di parlimen Nibong Tebal
Fadhlina (tengah) bersama AJK masjid dan surau di parlimen Nibong Tebal

Ahli Parlimen Nibong Tebal, Fadhlina Sidek menyalurkan sumbangan berjumlah RM105,000 kepada 21 masjid dan 63 surau di seluruh kawasan Parlimen itu sempena Ramadan.


Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Nibong Tebal dalam satu kenyataan berkata, setiap masjid menerima RM2,000 manakala surau diperuntukkan RM1,000 bagi menyokong penganjuran pelbagai aktiviti ibadah dan kebajikan sepanjang bulan Ramadan.


"Sumbangan disampaikan Fadhlina dalam Majlis Penyerahan Sumbangan Iftar MADANI yang berlangsung di Masjid As-Solihin, Kampung Kepala Gajah, Pulau Pinang pada Khamis," kata kenyataan itu.


Majlis berkenaan turut dihadiri Pengerusi Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang, Tan Sri Khalid Ramli serta pengerusi-pengerusi masjid dan surau sekitar Parlimen Nibong Tebal.


Pusat Khidmat tersebut menerusi kenyataan sama turut memaklumkan komitmen berterusan Fadhlina dalam memperkasa syiar Islam di kawasan itu.


Sepanjang 2025, sebanyak RM750,000 diperuntukkan bagi kerja-kerja naik taraf masjid dan surau, termasuk pemasangan karpet baharu serta penambahbaikan ruang solat dan tandas.


"Terkini, Surau Al-Munauwwarah yang dibina sebagai surau sementara di tapak pembinaan Masjid Taman Halaman Indah telah siap sepenuhnya dan sedia digunakan oleh penduduk menjelang Ramadan ini," tambah kenyataan tersebut.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page