top of page

Fadhlina perkenal dasar dua hala kementerian - guru dalam pendidikan



Dasar yang diamalkan oleh Kementerian Pendidikan sebelum ini berupa arahan dari atas ke bawah akan dirombak.


Menurut Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, hal berkenaan telah diutarakan beliau dalam pertemuan dengan agensi agensi pendidikan negara.


Hal itu, katanya telah dimaklumkan semasa sesi libat urus dengan pihak-pihak berkepentingan yang berkaitan bagi menekuni status dan tahap kemajuan semasa Bahagian KPM, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), serta kementerian secara keseluruhan.


Oleh yang demikian, kata Fadhlina, Kementerian akan sentiasa menghargai pandangan para guru selepas ini.


"Gabungan pendekatan atas-ke-bawah (top-down) dan bawah-ke-atas (bottom-up) ini memberikan input dan akan menjadi pendekatan utama dalam mentadbir kementerian berlandaskan semangat dan roh yang terkandung dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan.


"Berdasarkan sesi interaksi awal yang berlangsung dalam minggu ini, saya cukup yakin dengan kemampuan, bakat dan kesungguhan jentera KPM yang melaksana dan menggubal dasar-dasar kementerian dan akan bersama-sama saya memikul amanah dalam melakar era baharu sektor pendidikan negara," katanya.


Selain bertemu guru, Fadhlina berkata beliau juga telah meluangkan masa dengan pengetua serta guru besar (PGB) di sekolah dan para guru yang disifatkannya sebagai barisan hadapan negara dalam menjayakan misi membina legasi pendidikan manusiawi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page