top of page

Fadhlina perjelaskan kenapa Kerajaan Perpaduan perlu menang PRN



Oleh: Noraini Nordin


Dalam keadaan yang jarang disentuh oleh mana-mana pemimpin, Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Fadhlina Sidek tampil memberi huraian mengapa Kerajaan Perpaduan perlu kekal mentadbir negara dan memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos ini.


Katanya, selain memang menjadi matlamat mana-mana parti yang menyertai pilihanraya untuk mencapai kemenangan, pemimpin-pemimpin yang berada dalam Kerajaan Perpaduan sebenarnya mempunyai beberapa kelebihan lain yang perlu dipertimbangkan oleh rakyat.


Perkara pertama, menurut beliau, daripada Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri, semuanya adalah pemimpin-pemimpin yang telah diuji dan lulus ujian.


"Mereka adalah daripada kalangan yang telah melalui pelbagai mehnah dan tribulasi dalam perjuangan parti masing-masing," katanya.


Fadhlina yang juga Menteri Pendidikan berkata demikian dalam sebuah forum politik yang turut disertai Datuk Seri Azalina Othman Said baru baru ini.


Tegas beliau, bersatunya Pakatan Harapan dengan UMNO dalam sebuah kerajaan adalah suatu dinamika yang berdasarkan ijtihad politik masing-masing dengan prinsip terpenting mengutamakan rakyat.


"Saya sendiri tak sangka boleh bersama dengan Azalina di pentas seperti ini," tambah beliau.


Selain itu, kata Fadhlina, dengan terbentuknya Kerajaan Perpaduan telah menjadikan kedudukan Semenanjung sama tinggi dengan Borneo, iaitu Sabah dan Sarawak dalam pentadbiran negara.


Hal itu, ujar beliau, adalah sesuatu yang pertama kali berlaku dalam sejarah negara.


Dalam pada itu, Fadhlina turut memuji Azalina yang mengetuai negara dalam perbicaraan di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa berkaitan tuntutan Kesultanan Sulu bulan lepas.


"Ini panglima ni," katanya sambil menoleh kepada Azalina.


Sehubungan itu, tegas beliau, segala pencapaian atau kejayaan kerajaan hari ini perlu disampai serta diketahui oleh rakyat.


"Jika perkara-perkara sebegini tidak sampai kepada rakyat untuk menunjukkan komitmen Kerajaan Perpaduan, apalagi dimahukan mereka, melainkan melihat wujudnya sebuah kerajaan yang stabil dan mampu mengutarakan penyelesaian kepada rakyat," ujarnya.


Fadhlina juga tidak lupa menyebut tentang komitmen Perdana Menteri melupuskan hutang peneroka Felda dan usaha Kementerian Pendidikan yang diterajuinya untuk mengurangkan beban guru serta memastikan semua isu-isu berkaitan pendidikan ditangani dengan matlamat akhir, tiada seorang pun murid-murid akan dipinggirkan.


"Dengan segala komitmen itu, tidak ada keraguan lagi bahawa Kerajaan Perpaduan ini perlu terus menerajui negara," tegas beliau.


Sebagai pembakar semangat ke arah memastikan kerajaan perpaduan terus kekal dan beroleh kemenangan adalah matlamat serta keutamaan, kata Fadhlina, sebab itu ada pantun perjuangan yang berbunyi.


Apa guna pergi ke bendang

Kalau tidak bertanam padi

Apa guna keris disandang

Kalau tidak berani mati.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page