top of page

Fadhlina 'mendoniakan' Wanita KEADILAN

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 22
  • 2 min read


Oleh: Noraini Nordin


ULASAN: Selain jawatan Timbalan Presiden KEADILAN yang menjadi persaingan hangat pada pemilihan kali ini, pertandingan merebut jawatan Ketua Wanita Pusat tidak kurang menariknya.


Penyandang jawatan Ketua Wanita KEADILAN sekarang Fadhlina Sidek akan ditentang sekali lagi oleh Rodziah Ismail yang merupakan Ahli Parlimen Ampang, Selangor.


Pertandingan ulangan


Persaingan kali ini sebenarnya merupakan pertandingan ulangan pada 2022 lalu di mana ketika itu, Fadhlina berjaya menewaskan Rodziah untuk jawatan tersebut.


Sejak dilantik sebagai Ketua Wanita KEADILAN kemudian memenangi kerusi Ahli Parlimen Nibong Tebal dan seterusnya dilantik sebagai Menteri Pendidikan, keberadaan Fadhlina dalam politik negara ini tidak perlu dipertikaikan lagi.

Noraini bersama Fadhlina di demo Palestin
Noraini bersama Fadhlina di demo Palestin

Usaha Fadhlina 'mendoniakan' wanita KEADILAN begitu serius dan memberi kesan yang menyuntik semangat anggota sayap parti.


Sebagai Ketua Wanita KEADILAN Fadhlina terbukti telah berjaya memimpin sayap parti itu dengan baik dan amat membanggakan, khasnya anggota-anggota wanita.


Wanita KEADILAN bukan sahaja berjaya disatukan di bawah kepimpinan yang kaya kasih sayang malah mampu merangkul kekuatan hingga akar umbi.


Hakikat yang tidak boleh dinafikan, Fadhlina sentiasa muncul serta hadir berperanan dalam apa juga kejadian yang berlaku. Susah senang serta denyut nadi wanita yang perlukan perhatian sentiasa menjadi keutamaan beliau.


Fadhlina di mana mana


Menyusur dairi aktiviti sebagai pemimpin utama Wanita KEADILAN, sebutlah apa sahaja keperluan pasti disegerakan oleh Fadhlina.


Sekadar memberi contoh - kempen pilihan raya, banjir, apa juga bencana alam, menyantuni orang tua, kanak-kanak dan mereka yang tidak bernasib baik, malah boleh dikata apa sahaja Wanita KEADILAN sedaya mampu cuba mengusahakan bantuan sehingga berjaya.


Dalam semua kejadian yang berlaku, sentiasa sahaja ada pasukan Wanita dihantar oleh Fadhlina yang turun sambil menyingsing lengan baju membantu.


Dalam tempoh tiga tahun lalu sejak 2022, jika mahu dicatat satu persatu, terlalu banyak jasa yang dilakukan oleh Fadhlina dalam memikul amanah sebagai Ketua Wanita KEADILAN.


Antara yang berjaya dillakukan oleh beliau sejak 2022 lalu, antaranya ialah:


  • Menubuhkan Sekolah Wanita (SWAN)

  • Memperjuangkan Pemerkasaan Wanita dan Merapatkan Jurang Gender

  • Menubuhkan Inisiatif Tabung 30WReps dan Run-2-Win

  • Menggalakkan Penyertaan Wanita dalam Aktivisme Sosial

  • Meningkatkan Kesedaran Tentang Hak dan Undang-Undang Wanita

  • Menggalakkan Penglibatan Wanita Muda dalam Politik

  • Membentuk Skuad Ihsan MADANI Wanita KEADILAN


Selain itu, banyak lagi yang dalam perancangan dan telah dibincangkan dalam mesyuarat Wanita KEADILAN serta menunggu masa untuk dilaksanakan.


Rumusannya, Wanita KEADILAN di bawah pimpinan Fadhlina tidak pernah duduk diam, jauh sekali sebagai kelompok yang hanya pandai 'sembang kencang'


Tiga tahun mendatang, jika dipilih lagi, Wanita KEADILAN akan terus berlari untuk mengejar visi, bukan sahaja menguatkan parti, malah bergerak seiring dengan kemajuan negara yang sedang diterajui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Fadhlina Sidek wajar dikekalkan sebagai Ketua Wanita KEADILAN Pusat bagi sesi 2025 - 2028.



Tulisan ini merupakan pendapat peribadi penulis dan bukannya pendirian rasmi Suara Keadilan

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page